Projek Tiang Bendera Tertinggi Bernilai RM 30 Juta Adalah Satu Cadangan Baik Dari Sektor Swasta – Tiong

1 Feb 2023 • 7:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiang bendera tertinggi di Sarawak satu cadangan baik- Tiong.

Projek Tiang Bendera Tertinggi Bernilai RM 30 Juta Adalah Satu Cadangan Baik Dari Sektor Swasta – Tiong. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, projek tiang bendera tertinggi di Malaysia yang akan didirikan di Sarawak adalah sebuah cadangan yang baik daripada sektor swasta.

Beliau menyokong serta menggalakkan sektor swasta untuk membantu bukan sahaja sektor pelancongan, tetapi sektor lain juga.

image is not available
Projek Tiang Bendera Tertinggi Bernilai RM 30 Juta Adalah Satu Cadangan Baik Dari Sektor Swasta – Tiong

Bekerjasama memastikan ekonomi pulih

Semua orang harus bekerjasama untuk memastikan ekonomi negeri pulih secepat yang mungkin demi kepentingan rakyat, kata beliau selepas lawatan kerjanya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada hari Ini.

Projek yang dijangka menelan kos RM 30 Juta berkenaan akan didirikan di Petra Jaya, Kuching dan dibiayai sektor swasta sebagai sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena ulang tahun ke-60 Sarawak menyertai Malaysia.

image is not available

Sebar berita positif bukannya negatif

Dalam masa yang sama, Tiong turut menggesa agar pengguna media sosial untuk membantu menyebarkan berita positif dan bukannya negatif setiap hari.

Tambah beliau lagi, sebagai seorang menteri, beliau mencuba sedaya upaya untuk menambah baik destinasi pelancongan khusunya di Sarawak.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: