Projek Underpass Darul Hana Bakal Mula September 2024

30 Aug 2024 • 5:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

LCDA Minta Kerjasama Orang Ramai Sepanjang Pembinaan Underpass Darul Hana

Projek Underpass Darul Hana Bakal Mula September 2024. Pihak Berkuasa Pembangunan dan Penguasaan Tanah (LCDA) telah mengumumkan pembinaan Underpass Darul Hana yang akan bermula pada 4 September 2024.

Projek ini melibatkan kerja-kerja pembinaan jalan sementara di bahagian median Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, Petrajaya.

image is not available

Kerja Pembinaan di Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin

Menurut notis yang dikeluarkan, tempoh kontrak pembinaan adalah dari 15 Julai 2024 hingga 14 Julai 2026. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan sementara di median jalan dijadualkan berlangsung dari 4 September hingga 3 Disember 2024.

Cadangan pembinaan underpass ini bertujuan untuk menghubungkan kawasan Masjid Darul Hana dengan stesen minyak Petros yang terletak bersebelahan. Projek ini dijangka akan meningkatkan kebolehaksesan dan melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.

LCDA mengingatkan pengguna jalan raya untuk berhati-hati semasa melalui kawasan pembinaan dan mematuhi segala arahan pengurusan trafik demi keselamatan bersama. Orang ramai juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dengan teliti jika perlu melalui kawasan yang terlibat.

Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan projek ini boleh disalurkan kepada LCDA melalui talian 082-235944 atau laman web rasmi mereka di www.lcda.gov.my.

Baca juga artikel menarik di bawah: