Projektor BenQ X3100i Tampil Dengan Tayangan Skrin 150 Inci, Resolusi 4K, Dolby ATMOS Dan Android TV

TechnologyDigital
3 Oct 2023 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BenQ, jenama pembuat perkakasan paparan skrin dan projektor baru-baru ini telah memperkenalkan penawaran terbaru dan terhebat mereka di arena tersebut dengan BenQ X3100i.

image is not available

Projektor BenQ X3100i ini hadir dengan sistem pencahayaan 4LED yang membolehkannya untuk memaparkan paparan bersaiz 150 inci pada resolusi setinggi 4K dan kadar segar semula 60Hz ataupun Full HD dan kadar segar semula 240Hz. Ia mempunyai nilai kecerahan 3300 ANSI lumens, yang dilihat menghampiri nilai kecerahan 960 nits.

Paparan yang diperlihatkan ini juga mampu mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3 untuk olahan warna yang jitu, dan hadir dengan pelbagai mod sokongan gaming seperti RPG, FPS, SPG dan RCG dan juga mempunyai mod khusus untuk konsol permainan seperti Sony PlayStation dan juga Microsoft Xbox Series X dan Series S.

image is not available

Dari segi sokongan audio, projektor ini juga dilihat menyokong sejumlah penawaran audio premium seperti pembesar suara dengan saluran audio 7.1 dan juga teknologi Dolby ATMOS. Ini digabungkan dengan teknologi Bongiovi DPS mereka yang membolehkan pengguna untuk mencipta ruangan audio 3D.

Bagi anda yang mahu menggunakan projektor ini sebagai sebuah televisyen pintar, ia juga hadir dengan sistem operasi Android 11 (Android TV) dan hadir dengan aplikasi Netflix secara terbina, yang boleh memanfaatkan semua ciri-ciri

image is not available

Apa yang menarik lagi mengenai projektor ini ialah ia juga boleh melontarkan paparan bersaiz 100 inci pada jarak 2.5 meter sahaja, dan lensanya boleh diubahsuai secara menegak sejauh 40-60 peratus tanpa memberi sebarang isu kepada kualiti lontaran skrin.

Projector BenQ X3100i ini sudahpun ditawarkan di beberapa pasaran terpilih pada harga $2399 (~RM11,377).