Proklamasi Orang Melayu: Dr M sahkan bertemu Muhyiddin selepas Aidiladha

Politics
28 Jun 2023 • 4:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEPANG: Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan bertemu dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin selepas Aidiladha untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu.

Bekas perdana menteri itu berkata pertemuan itu tidak dapat diadakan sebelum Hari Raya Haji yang disambut esok kerana kesuntukan masa.

“Saya akan jumpa dia untuk menerangkan mengenai Proklamasi Orang Melayu,” katanya pada sidang media.

Beliau sekali lagi menegaskan proklamasi itu bukan untuk menyokong mana-mana pihak tetapi mahu menumpukan usaha membantu orang Melayu.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Semalam, FMT melaporkan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu bersetuju bertemu dengan Mahathir berkait dengan Proklamasi Orang Melayu, diasaskan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu pada Mac lalu.

Mahathir sebelum ini berkata, proklamasi itu bertujuan menyatukan orang Melayu melangkaui garis politik. Ia menarik sokongan dan ditandatangani beberapa pemimpin parti pembangkang termasuk Presiden PAS Hadi Awang dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu atas kapasiti persendirian.

Awal bulan ini, Mahathir dilaporkan berkata sedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekali lagi, tiga tahun selepas hubungan mereka renggang susulan “Langkah Sheraton”, menyaksikan pentadbiran beliau ketika itu tumbang dan digantikan kerajaan PN pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Dalam pada itu, Mahathir menyindir Umno yang mahu menganjurkan Kongres Ekonomi Melayu untuk menyaingi proklamasi dianjurkannya.

“Sekarang baru teringat nak buat kongres, selama ini cuma teringat nak buat duit,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.