Prolintas Umum Penamatan Laluan Kontra Di Lebuhraya Kajang Silk

LocalCars
7 Jan 2025 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Bermula esok, Rabu, 8 Januari, lorong aliran kontra (tidal-flow) di Lebuhraya Kajang SILK ditamatkan sepenuhnya. Perkara ini diumumkan oleh Prolintas, selaku pemegang konsesi lebuhraya, menerusi laman Facebook rasminya.

Penamatan ini melibatkan lorong aliran kontra dua hala dari Plaza Tol Sungai Ramal hingga ke Persimpangan Bertingkat Uniten. Dengan ini, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan lorong asal, termasuk lorong SmartLane yang disediakan di lebuh raya tersebut.

Pengaktifan SmartLane Di Lebuhraya SKVE

Sebagai alternatif, Prolintas memaklumkan bahawa lorong Smartlane kini telah diaktifkan di Lebuhraya SKVE arah Putrajaya. Jajaran ini meliputi KM 28.0 di Kajang Silk hingga KM 1.1 di SKVE dan boleh diakses setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang.

Punca Penamatan Lorong Aliran Kontra

image is not availableimage is not available

Keputusan untuk menghentikan operasi lorong aliran kontra ini mungkin dibuat setelah mendapati keberkesanannya dalam mengurangkan kesesakan trafik semakin berkurangan.

Impak Perubahan Semasa Waktu Puncak Bakal Diketahui Esok

Masih belum jelas bagaimana perubahan ini akan mempengaruhi aliran trafik pada waktu puncak, namun penduduk setempat serta pengguna lebuh raya ini disarankan mengambil perhatian terhadap perubahan yang diumumkan. Perancangan awal dan pemantauan trafik boleh membantu mengurangkan sebarang kesulitan.