[PROMO 8.8] iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max ada diskaun sehingga RM1,100 hari ini

Digital
8 Aug 2023 • 10:38 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pelancaran iPhone 15 dah dekat, tapi anda rasa perlukan sebuah iPhone baru dan terbaik sekarang? Sempena jualan mega 8.8 hari ini, anda boleh mendapatkan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dengan potongan harga yang sangat banyak.

Di Shopee, beberapa penjual terkenal seperti Switch dan Thunder menawarkan diskaun sebanyak RM1,000 untuk barisan iPhone 14 Pro dan diskaun RM1,100 bagi iPhone 14 Pro Max. Bermakna, anda boleh mendapatkan iPhone 14 Pro termurah iaitu storan 128GB, hanya RM4,299 sahaja berbanding harga asal RM5,299.

Jualan Mega 8.8: iPhone 14 Pro 6.1″ di Malaysia

  • iPhone 14 Pro 128GB RM5,299 RM4,299 (Jimat RM1,000)
  • iPhone 14 Pro 256GB RM5,799 RM4,799 (Jimat RM1,000)
  • iPhone 14 Pro 512GB RM6,799 RM5,799 (Jimat RM1,000)
  • iPhone 14 Pro 1TB RM7,799 RM6,799 (Jimat RM1,000)

image is not available

Kalau anda mahukan skrin dan bateri lebih besar, iPhone 14 Pro Max 128GB kini boleh dibeli pada harga RM4,699 sahaja, penjimatan sebanyak RM1,100 daripada harga asal RM5,799.

Jualan Mega 8.8: iPhone 14 Pro Max 6.7″ di Malaysia

  • iPhone 14 Pro Max 128GB RM5,799 RM4,699 (Jimat RM1,100)
  • iPhone 14 Pro Max 256GB RM6,299 RM5,199 (Jimat RM1,100)
  • iPhone 14 Pro Max 512GB RM7,299 RM6,299 (Jimat RM1,000)
  • iPhone 14 Pro Max 1TB RM8,299 RM7,299 (Jimat RM1,000)

image is not available

Masih berkira-kira nak beli iPhone 14 Pro Max atau Galaxy S23 Ultra? Nak tau kamera mana lebih bagus? Tonton reviu kami di bawah ini: