[Promo 8.8] Realme GT 6T diskaun RM500, GT Neo 3 diskaun RM611 dan GT 2 Pro hanya RM1,199

Digital
7 Aug 2024 • 11:46 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jualan 8.8 akan berlangsung pada hari Khamis, 8 Ogos 2024. Sebelum ini hanya melibatkan Shopee dan Lazada, kini ia turut disertai oleh TikTok Shop. Salah satu jenama yang akan membuat jualan besar-besaran sempena 8.8 nanti adalah Realme.

Realme Malaysia menyertai jualan 8.8 dengan tarikh yang berbeza mengikut platform jualan. Jualan di TikTok Shop berlangsung dari 6-8 Ogos. Manakala di Shopee, hanya diadakan pada 8 Ogos. Lazada pula akan dibuat jualan dari 8-10 Ogos.

Di TikTok Shop, pengguna boleh mendapatkan diskaun sehingga RM600 untuk membeli model flagship baru Realme GT 6T. Manakala di Shopee, diskaun sehingga RM1,300 disediakan termasuk baucar bernilai RM500 dan pulangan tunai 10% apabila membeli peranti Realme terpilih. Di Lazada, Realme menyediakan diskaun sehingga 58% serta baucar tambahan khas di platform tersebut.

Berikut adalah senarai beberapa tawaran yang disediakan Realme sempena jualan 8.8:

TikTok Shop (6-8 Ogos 2024)

  • Realme 12+ 5G – RM1,499 RM1,269 (PERCUMA Buds T110 bernilai RM139)
  • Realme 11 5G – RM1,199 RM749
  • Realme Buds Air 5 Pro – RM399 RM299 (PERCUMA sarung berniali RM39)

Shopee (8 Ogos 2024)

  • Realme GT 2 Pro – RM2,999 RM1,199
  • Realme GT 6T – RM2,399 RM1,899 (PERCUMA 1-tahun keretakan skrin, 30-hari penggantian bernilai RM398)
  • Realme 10 Pro+ (12GB+256GB) – RM1,799 RM1,299
  • Realme 10 Pro+ (8GB+128GB) – RM1,599 RM1,099

Lazada (8-10 Ogos 2024)

  • Realme GT NEO 3 – RM2,099 RM1,488
  • Realme 12 Pro+ (12GB+512GB) – RM2,099 RM1,911 (PERCUMA Buds T300 bernilai RM199)
  • Realme Pad X – RM1,699 RM1,393 (PERCUMA keyboard, casing dan stand bernilai RM437)

Segera ke Stor Realme di Lazada, Shopee dan TikTok Shop untuk mengetahui tawaran dan promosi lain sempena jualan 8.8.

Bacaan Berkaitan

View Original Article