Promo CelcomDigi Hari Gaji Specials tawar 15GB untuk RM15, tapi sah untuk 3 hari sahaja

LocalDigital
23 May 2023 • 4:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

CelcomDigi kini sedang mengadakan promosi Hari Gaji Special untuk pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom dan juga Digi. Ia berlangsung antara 23 Mei sehingga 26 Mei 2023. Berikut adalah tawarannya.

image is not available

Buat pengguna prabayar Celcom XPAX ataupun Digi Prepaid, anda cuma perlu melakukan tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 untuk menerima kuota 10GB secara percuma. Untuk pengguna pascabayar Xpax Postpaid, Celcom Mega, dan juga Digi Postpaid, anda perlu berbelanja sebanyak RM15 untuk menerima 10GB kuota Internet secara percuma.

image is not available

Walau bagaimanapun, anda perlu baca helaian Terma & Syaratnya. Walaupun pemberian 10GB adalah banyak, ia cuma sah untuk 3 hari sahaja. Makanya, anda perlu gunakan secara purata 3GB sehari, barulah dikatakan berbaloi untuk menebusnya.

Anda boleh layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan