PROMO: Dapatkan Galaxy S22 Ultra, Tab S8 Ultra & Galaxy Watch 4 dengan diskaun lebih RM3,000 dalam Ultrapack Bundle

Digital
14 Jun 2022 • 9:13 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar Samsung Galaxy S22 Ultra dan mahu menikmati ekosistem Samsung ke tahap tertinggi, anda boleh mendapatkan tawaran terbaru Samsung Malaysia ini. Untuk waktu terhad, Samsung kini menawarkan Ultrapack Bundle yang menggabungkan telefon pintar, jam pintar, fon telinga TWS, tablet dan aksesori dengan diskaun sebanyak 23%.

Senarai penuh perkakas di dalam Samsung Ultrapack Bundle ini adalah seperti berikut:

  • Galaxy S22 Ultra 256GB (RM5,499)
  • Galaxy Tab S8 Ultra 256GB (RM5,899)
  • Galaxy Watch 4 Classic (RM1,399)
  • Galaxy Buds Live (RM549)
  • 35W PD Power Adaptor Duo & Camera Filter Mount (RM268)

image is not available

Jika dibeli berasingan, harga yang perlu dibayar untuk semua perkakas di atas adalah RM13,164. Tetapi Samsung Ultrapack Bundle menawarkan semua ini pada harga RM10,888 sahaja.

Kepada yang berminat dengan ekosistem penuh Samsung ini, boleh mendapatkannya dengan pergi ke laman promosi Samsung Malaysia eStore dan pergi ke bahagian bawah sekali untuk melihat senarai Ultrapack Bundles. Pilihan yang ada hanyalah untuk warna Galaxy S22 Ultra iaitu Black, Burgundy dan Green.

image is not available

Promosi ini ditawarkan secara eksklusif di Stor Online Samsung Malaysia serta di Stor Samsung Experience sahaja, sehingga 30 Jun 2022.

Tetapi anda boleh mendapat lebih penjimat jika menggunakan baucar diskaun EVOUCHER360. ia boleh digunakan untuk pembelian melebihi RM6,000 di Samsung eStore. Di ruangan Checkout, masukkan kod promosi EVOUCHER360 sebelum membuat bayaran dan diskaun RM360 akan diberikan. Jika digunakan untuk Ultrapack Bundles ini, harga yang perlu dibayar hanyalah RM10,528 sahaja. Menjadikan jumlah diskaun sebanyak RM3,086.

image is not available

Ambil perhatian bahawa tawaran ini menyediakan Galaxy S22 Ultra dengan storan 256GB sahaja. Varian 128GB dijual pada harga RM5,099 manakala storan 512GB berharga RM5,899.

Galaxy S22 Ultra adalah telefon pintar terbaik Samsung masakini. Kenalinya dengan lebih lanjut menerusi video kami di bawah:

Bacaan Berkaitan