[PROMO] Days of Play: Banyak diskaun untuk PS5 Dualsense, PlayStation Plus dan pelbagai tajuk permainan

Gaming
30 May 2023 • 5:14 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) telah mengumumkan bahawa jualan “Days of Play” tahun ini akan berlangsung dari hari Jumaat, 2 Jun sehingga hari Isnin, 12 Jun 2023. Antara promosi dalam jualan tahun ini adalah tawaran menarik alat kawalan Dualsense Wireless Controller serta tajuk permainan di pengedar sah Playstation di Malaysia. Selain itu, ada diskaun sehingga 25% untuk melanggan keahlian PlayStation Plus.

Menurut SIES, pelanggan baru dan sedia ada boleh melanggan pelan 12-bulan dengan potongan 25% meliputi pelan Essential, Extra dan Deluxe. Manakala pelanggan pelan Essential dan Extra sedia ada, boleh menikmati diskaun 25% untuk melanggan 1-bulan, 3-bulan atau 12-bulan, jika menaik taraf pelan mereka.

image is not available
Langganan keahlian PlayStation Plus

Kepada yang mencari alat kawalan tambahan atau pengganti alat kawalan lama, PS5 DualSense Wireless Controllers ditawarkan pada harga RM269 sahaja. Ini adalah penjimatan yang lumayan dan tidak tertakluk pada warna putih dan hitam sahaja, malah boleh didapati untuk warna merah, biru, ungu, merah jambu dan kelabu. Pada waktu biasa, warna putih dan hitam berharga RM349, manakala warna lain berharga RM369.

image is not available

Peminat juga boleh mendapatkan beberapa tajuk permainan PS4 dan PS5 terpilih (versi Blu-Ray) dengan harga lebih murah. Antara tajuk permainan yang terlibat adalah:

  • PS4 Marvel's Spider-Man: Miles Morales RM129
  • PS4 God of War Ragnarök RM169

  • PS5 Marvel's Spider-Man: Miles Morales RM129
  • PS5 God of War Ragnarök RM209
  • PS5 Horizon Forbidden West RM169
  • PS5 The Last of Us Part I RM209
  • PS5 Gran Turismo 7 RM169

Kepada yang berminat untuk mendapatkan konsol permainan PS5, ia kini boleh dibeli dengan lebih mudah di Malaysia kerana stok tersedia semakin banyak. Harga rasmi PS5 di Malaysia, serta pilihan bersama Final Fantasy XVI adalah seperti berikut:

  • PS5 Digital Edition – RM2,069
  • PS5 Blu-Ray Edition – RM2,499
  • PS5 Final Fantasy XVI bundle Digital Edition – RM2,339
  • PS5 Final Fantasy XVI bundle Blu-Ray Edition – RM2,769

Bacaan Berkaitan

View Original Article