Promo Give a Garmin tawar 20 model jam tangan kecergasan pada potongan sehingga RM561

Digital
2 Dec 2022 • 11:15 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Garmin kini sedang mengadakan tawaran hujung tahun melalaui kempen Give a Garmin. Promo ini berlangsung sehingga 25 Disember 2022 dan mereka menyediakan 20 model jam tangan yang ditawarkan pada potongan harga.

Buat anda yang berminat untuk dapatkan mana-mana produk Garmin pada harga diskaun, promo ini berjalan secara dalam talian dan di gedung-gedung fizikal Garmin di seluruh negara.

Model yang menerima potongan harga adalah berebeza mengikut minggu, jadi anda kena perhatikan senarai jam tangan yang diberikan diskaun mengikut jadual berikut.

Minggu 1 (1 hingga 11 Disember 2022)

image is not available

Model yang tangan yang menerima potongan paling banyak dalam minggu ini adalah Instict 2s Solar yang menerima potongan RM220 untuk dijual pada harga RM2,640. Garmin Lily pula adalah model termurah boleh anda dapatkan iaitu bada harga RM960.

Minggu 2 (12 hingga 18 Disember 2022)

image is not available

Dalam minggu kedua, Garmin tawarkan siri Forerunner 255 pada harga serendah RM1,699. Forerunner 255s adalah jam tangan kelas pertengahan yang baik untuk yang ingin menjejak aktiviti jogging mereka.

Minggu 3 (19 hingga 25 Disember 2022)

image is not available

Memasuki minggu terakhir promosi, Garmin memasukkan semua siri flagship mereka iaitu Enduro, Tactic, Fenix,dan Epix. Potongan harga sehingga RM561 diberikan dan yang paling murah adalah Fenix 7 Sapphira yang boleh anda dapatkan pada harga RM4,370.