PROMO: Honor ada diskaun sehingga RM800 untuk telefon & laptop sebagai persediaan kembali ke sekolah

Digital
14 Oct 2022 • 2:56 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Semester baru sekolah akan bermula tahun hadapan tetapi Honor mahu membuat persediaan lebih awal dengan mengadakan jualan Kembali Ke Sekolah. Jualan ini diadakan selama dua bulan, sepanjang bulan Oktober dan November 2022 dan memberi tawaran menarik untuk telefon pintar dan laptop terpilih.

Orang ramai boleh mendapatkan tawaran yang disediakan dalam jualan ini di Kedai Honor serta kedai pengedar sah Honor di seluruh Malaysia. Tertakluk kepada kesediaan stok produk.

Terdapat tiga peranti yang ditawarkan dalam jualan ini iaitu satu telefon pintar dan dua model laptop. Tawaran yang diberikan adalah:

  • Honor Magic 4 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,999 RM3,699

  • Honor Magicbook 14 (Ryzen 5500U, RAM 8GB, SSD 256GB) – RM2,499 RM1,899 [PERCUMA beg galas dan tetikus wayarles]
  • Honor Magicbook 14 (Ryzen 5500U, RAM 16GB, SSD 512GB) – RM3,299 RM2,499 [PERCUMA beg galas, tetikus wayarles & Microsoft Office]

Telefon pintar Honor Magic 4 Pro adalah peranti kelas flagship dengan kuasa Snapdragon 8 Gen 1, RAM LPDDR5 8GB dan storan 256GB. Ia ada skrin besar 6.81-inci jenis LTPO OLED pada resolusi QHD dan kadar penyegaran 120Hz.

Terdapat tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera telefoto 64MP. Kamera hadapannya 12MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin. Satu lagi kelebihan telefon ini adalah sokongan pengecasan pantas 100W secara berwayar dan tanpa wayar.

image is not available

Laptop Honor Magicbook 14 ditawarkan dalam dua varian, tetapi ada diskaun RM800 yang serupa. Ia memiliki skrin LCD 14-inci HD Penuh dalam nisbah 16:9. Kuasanya dipacu oleh cip AMD Ryzen 5 5500U 6-teras, berkelajuan sehingga 4.0GHz. RAM pula jenis DDR4 serta storan SSD di dalam.

Laptop ini dicas melalui USB-C dengan kuasa sehingga 65W. Ia juga ada pengimbas capjari yang digabungkan dengan butang kuasa.

image is not available

Bacaan Berkaitan