[PROMO] iPhone 14 & 14 Plus boleh dibeli serendah RM3446, stok terhad hanya di Shopee

Digital
26 Jun 2023 • 7:32 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Semasa iPhone 14 dilancar pada September tahun lepas, ada banyak sebab kenapa anda tak perlu dapatkannya antaranya harganya mahal dan guna cip A15 Bionic yang lama. Tapi, peruncit sah Apple ITWorld sedang adakan promosi di Shopee untuk model iPhone 14 yang anda patut pertimbang.

image is not available

Promosi tersebut memberikan potongan harga sehingga RM753 untuk model iPhone 14. iPhone 14 128GB yang asalnya berharga RM4,199 kini lebih murah 18% dan boleh didapati pada harga RM3,446 sahaja. Naik taraf storan ke 256GB juga diberikan diskaun 15% menjadikannya pada harga RM3,979 dan storan 512GB pula, diberikan penjimatan sebanyak 9% membolehkan ia didapati pada harga RM5,199.

Berikut adalah senarai harga promosi bagi iPhone 14:

  • iPhone 14 128GB – RM4,199 RM3,446 (Jimat RM753)
  • iPhone 14 256GB – RM4,699 RM3,979 (Jimat RM720)
  • iPhone 14 512GB – RM5,699 RM5,199 (Jimat RM550)

image is not available

Untuk iPhone 14 Plus yang lebih besar, terdapat potongan harga maksimum RM720 yang diberikan. Seperti iPhone 14, paling banyak diberi diskaun adalah varian terkecil 128GB dengan kini berharga RM3,979, manakala storan 256GB boleh dibeli 13% lebih murah pada harga RM4,546. Varian terbesar 512GB pula hanya berharga RM5,699, RM500 lebih murah dari harga asal.

Berikut adalah senarai harga promosi bagi iPhone 14 Plus:

  • iPhone 14 Plus 128GB – RM4,699 RM3,979 (Jimat RM720)
  • iPhone 14 256GB – RM5,199 RM4,546 (Jimat RM653)
  • iPhone 14 512GB – RM6,199 RM5,699 (Jimat RM500)

Walau bagaimanapun, promosi yang sedang berjalan ini tidak pula diberikan tarikh bila ia akan tamat. Lebih-lebih lagi, dilihat seperti tidak banyak stok yang tinggal dan terhad dalam warna yang terpilih. Jadi jika anda berminat, anda perlu cepat sementara stok masih ada. Anda boleh layari laman rasmi ITWorld di Shopee untuk membuat pembelian.

[Sumber: SoyaCincau]