Promosi Akhir Tahun Chery – Hadiah Bernilai Lebih RM150K!

LocalCars
10 Dec 2024 • 3:50 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sempena berakhirnya tahun 2024 dan sambutan Hari Krismas tidak lama lagi, Chery Malaysia telah melancarkan kempen “Great Year-End Lucky Draw” hingga 31 Disember 2024.

Pelanggan baharu yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Chery sepanjang tempoh ini berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM150,000. Antara hadiah utama termasuk OMODA 5, peralatan rumah, konsol permainan dan baucar beli-belah.

Raikan Musim Perayaan dengan Tawaran Istimewa

image is not available

Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Michael Chew, berkata, “Ramai pelanggan menantikan bulan Disember untuk membeli-belah dan meraikan bersama yang tersayang. Kami di Chery ingin menjadikan penghujung tahun ini lebih bermakna dengan melancarkan kempen yang menarik seperti ini.”

image is not availableimage is not available

Selain cabutan bertuah, Chery turut menawarkan potongan harga istimewa bagi pelbagai model kenderaan:

Jerayawara Chery Di One Utama

Chery kini sedang mengadakan pameran khas di One Utama Shopping Centre dari 4 hingga 15 Disember. Di sini, pelanggan boleh melihat pelbagai model kenderaan Chery, selain peluang untuk pandu uji model-model yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut dan peluang menyertai cabutan bertuah, pelanggan boleh mengunjungi pusat pameran Chery terdekat atau jerayawara di One Utama.

image is not available