Promosi Binance, Cristiano Ronaldo Disaman Pelabur

30 Nov 2023 • 4:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo disaman oleh pelabur Binance selepas menanggung kerugian kerana syarikat pelaburan itu didakwa terlibat dalam penyelewengan, lapor Forbes.

Cristiano Ronaldo disaman pelabur

image is not available

Foto: BBC

Menurut saman yang difailkan di Amerika Syarikat, plaintif itu meminta ganti rugi melebihi AS$1 bilion (RM4.6 bilion) atas penglibatan mempromosikan Binance kepada orang ramai.

Plaintif mendakwa oleh kerana syarikat tersebut dipromosikan Ronaldo, Binance mendapat perhatian orang ramai untuk melakukan pelaburan lalu mengalami kerugian.

image is not available

Foto: Reuters

Walaupun disaman, Ronaldo kelihatan masih bekerjasama dengan syarikat tersebut kerana masih memuat naik kandungan berkaitan Binance.

Buat masa sekarang, wakil daripada Ronaldo masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman tersebut.

image is not available

Foto: Binance

Binance telah didenda AS$4 bilion (RM18.6 bilion) oleh SEC Syarikat dan CEO meletakkan jawatan sebelum dipenjarakan kerana terlibat dengan kegiatan pengubahan wang haram serta berurusan dengan Iran.

Sumber: Forbes