
Hanya dalam masa kurang dari 10 hari kita bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri. Sudahkah anda selesai membeli segala macam persiapan menjelang Hari Raya kali ini? Untuk tahun 2026, Grab tampil berbeza dalam menawarkan promosi hari raya menerusi PayLater by Grab.

Untuk tempoh terhad sehingga 22 Mac, sebarang pembelian yang layak untuk pembayaran bertangguh PayLater by Grab akan menerima diskaun sebanyak RM 35 untuk pembelian minimum RM 200. Dengan pembelian sebegini, anda boleh memilih untuk membayarnya secara ansuran dengan pilihan kekerapan 4, 8, atau 12 bulan.
Malah lebih menarik lagi, untuk sebarang pembelian yang dibayar menggunakan PayLater by Grab, anda turut akan menerima sehingga 2x GrabCoins. Dan GrabCoins ini boleh digunakan untuk pelbagai transaksi, menambah lagi pulangan kepada perbelanjaan anda.

Apa yang anda perlu buat sewaktu membayar adalah melakukan pilihan PayLater by Grab, seterusnya memastikan yang anda turut mengaktifkan ‘Add Offer’, kemudian memilih kod promosi PLRAYA35. Apabila diskaun RM 35 dimasukkan dalam sistem, maka lakukan pembelian selepas langkah tersebut.
Dan sekiranya itu masih tidak mencukupi, terdapat juga promosi GrabPay yang menawarkan diskaun RM 25 apabila anda melakukan pembayaran atas talian menggunakan GrabPay. Hanya letakkan kod promosi GPRAYA25 untuk pembelian minimum RM 160 untuk kayak menggunakannya.

Anda boleh menggunakan PayLater by Grab untuk pelbagai jenama dan juga barangan, merangkumi dari peranti sehinggalah kepada fesyen dan juga barangan kesihatan. Jenama seperti Urban Republic, Dyson, Mimpikita, Khatam, Nelissa Hilman, LUMI, Big Pharmacy dan pelbagai lagi tersedia untuk anda berbelanja untuk persiapan Hari Raya ini.
Jadi apa lagi yang ditunggu, promosi ini akan tamat pada 22 Mac jadi lakukan pembelian anda menggunakan PayLater by Grab sekarang juga.
- Beli Persiapan Raya: PayLater by Grab.
Penafian: Advertorial dari Grab

