Promosi ‘Poket Selamat 8’ Kembali Lagi! Jom Serbu Ke 883 MR.DIY Seluruh Negara!

8 Jul 2022 • 4:00 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sebagai menghargai kesetiaan pelanggannya yang selama ini menyokong MR.DIY, promosi ‘Poket Selamat’ yang diadakan pada setiap tahun kini kembali lagi!

Memasuki edisi ke-8, promosi Poket Selamat 8 kali ini menawarkan diskaun sehingga 30% selama sebulan bermula 1 hingga 31 Julai 2022.

image is not available

Orang ramai boleh menikmati penjimatan harga untuk pelbagai barangan popular di 883 cawangan MR.DIY di seluruh negara.

Antara barangan menarik yang rugi sekiranya korang tak grab adalah pencincang makanan serbaguna atau ‘multipurpose food chopper’ yang dijual hanya pada harga RM8.90, berbanding harga asal RM13.10

image is not available

Selain itu, barangan lain yang turut diberikan diskaun sempena promosi Poket Selamat 8 ini adalah pemegang telefon bimbit, pemegang tripod boleh laras, palam pengecas, cecair pembersih enjin kereta, pistol perekat panas, set mop berputar, palam sambungan dan pembalut lutsinar.

image is not available

Promosi Poket Selamat 8 ini diteruskan oleh MR.DIY bertujuan membantu meringankan lagi beban kewangan harian pelanggannya, ditambah pula dengan sambutan memberangsangkan yang sudah pun diterima sejak ia dilaksanakan pada 2015.

image is not available

Lagi best bila korang shopping menggunakan e-wallet seperti ShopeePay atau Boost, korang akan menerima lebih banyak penjimatan dan pulangan tunai tertakluk kepada terma dan syarat! Menarik, kan!

image is not available

Jadi tunggu apa lagi? Jom serbu mana-mana cawangan MR.DIY di lokasi berhampiran korang sepanjang bulan Julai ini.

image is not available

Tak sempat nak ke sana? Jangan risau korang pun boleh membeli-belah di kedai dalam taliannya. Layari sahaja website MR.DIY dan dapatkan maklumat terkini di media sosial Facebook serta Instagram mereka.