ProreX sedang teroka segmen AI berasaskan ejen, broker

TechnologyBusiness & Finance
20 Sep 2026 • 4:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ProreX sedang teroka segmen AI berasaskan ejen, broker

PETALING JAYA – Pedagang Asia Tenggara yang sebelum ini mengutamakan telefon mudah alih kini bersedia untuk memasuki era kecerdasan buatan (AI) berasaskan ejen yang dikenali sebagai ProreX dan ia sedang membuat persiapan untuk meneroka satu lagi sempadan baharu.

Penerokaan terhadap Events Trading akan menggunakan ejen AI untuk menganalisis maklumat pasaran, menyelaraskan pelbagai alat dagangan dan menyediakan tindakan berdasarkan arahan dalam bahasa semula jadi, manakala kebenaran pengguna serta pengesahan manusia mengawal proses pelaksanaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bagi generasi pedagang Asia Tenggara yang semakin berkembang kini, pasaran kewangan sentiasa berada dalam genggaman mereka.

“Perkara ini penting kerana perubahan seterusnya mungkin lebih besar daripada peralihan daripada desktop kepada mudah alih iaitu peralihan daripada AI yang sekadar menjawab soalan kepada AI yang mampu menganalisis, menyediakan tindakan dan melaksanakannya,” katanya.

Menurut data dalaman platform ProreX, penggunaan alat dagangan berasaskan AI telah meningkat kira-kira 30  peratus dalam tempoh enam bulan lalu.

ProreX sedang meletakkan kedudukannya sebagai antara platform dagangan berasaskan broker yang terawal di Asia Tenggara yang meneroka penyelesaian Events Trading bersepadu.

“Di ProreX, hala tujunya  adalah jelas iaitu ia  membawa kecerdasan pasaran untuk pedagang kuantitatif ke tangan pengguna harian, memperluaskan cara pedagang menyatakan pandangan mereka terhadap pasaran, serta memastikan manusia kekal mengawal keputusan akhir,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

The post ProreX sedang teroka segmen AI berasaskan ejen, broker appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved