Prosedur Buat Hidung ‘Gone Wrong’, Zarina Anjoulie Menyesal – “Jahit Macam Tali Guni, Nanah Memancut”

EntertainmentBeauty
4 Mar 2025 • 11:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak menyangka prosedur kecantikan yang dibuat menjadi musibah, pelakon Zarina Anjoulie mengakui berasa kesal dengan keputusannya ‘membaiki’ hidung di Vietnam tempoh hari.

Kongsi Zarina yang lebih mesra disapa sebagai Anju, hidungnya mengalami jangkitan teruk sehingga mengeluarkan nanah.

Menyesal saya buat hidung, terkena jangkitan sampai demam dan sakit badan. Sudah beberapa hari hidung saya merah kerana jangkitan.

Difahamkan, prosedur pembedahan plastik yang dilakukan di negara itu didapati tidak bersih selain menggunakan implan atau silikon terpakai.

Sebenarnya jangkitan ini telah ada sejak dari Vietnam lagi. Perkara ini dipanggil jangkitan secara senyap, luaran nampak okey, tetapi bahagian dalam telah ‘makan’ hidung saya.

Sangat teruk, apabila saya buka rupanya silikon itu sudah digunakan oleh orang lain sebelum dicuci dan dipakaikan kepada saya.

Berikutan kesakitan yang dialami sudah tidak tertanggung olehnya, Zarina memilih untuk ke klinik sahabatnya bagi tujuan membuang silikon di hidung.

Sebab badan saya sudah mula demam, batuk, berkahak dan sinus teruk bermakna bakteria telah merebak. Saya tidak cadang anda pergi ke klinik di Vietnam, tadi semasa buang silikon nanah memancut keluar.

Zarina juga meluahkan rasa syukur selain menganggap prosedur tersebut sebagai menyusahkan dan merimaskan.

image is not available

image is not available

Dia sebelum ini mendapat tajaan untuk membuat pembedahan bagi membuat benjolan di hidung oleh sebuah klinik kecantikan di Vietnam sekitar enam bulan yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

Wanita Dakwa Pelakon Ikhlas Jalil Paksa Gugurkan Kandungan Dah Buat Laporan Polis - " Dia Boleh Pilih Berdiam Diri Atau Nak Bertanggungjawab"