“Proses Mengesan Bukti Masih Giat Dijalankan..” – KP Selangor Dedah Perkembangan Terkini Kes Pembunuhan Zayn Rayyan

17 Dec 2023 • 3:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terkini, ekoran siasatan berkenaan kes kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan, polis masih mencari bukti di lokasi Apartmen Idaman, Damansara Damai hari ini.

Pada pagi tadi sekitar pukul 9.30 pagi, pasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba bagi mengesan bukti baru sebelum ditangguhkan pada pakul 12.30 tengah hari dan disambung semula pada pukul 3 petang tadi.

Proses mengesan bukti masih giat dijalankan khususnya di kawasan blok kediaman mangsa.

Sebanyak 172 individu sudah dirakam keterangan yang mana membabitkan ibu bapa, saksi, jiran dan penduduk sekitar.

image is not available

Sumber : Utusan Malaysia  

Kenyataan tersebut dilaporkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan semalam. Katanya, siasatan masih ditumpukan pada Blok R yang merupakan lokasi terkahir Zayn Rayyan dilihat sebelum disahkan hilang.

Tambahnya juga, buat masa kini, masih belum ada sebarang perkembangan siasatan yang dapat dikongsikan pada khalayak ramai. Bagaimanapun, ia masih diteruskan bagi mencari bukti-bukti baru tentang kes tersebut.

Sebelum ini, Hussein telah mengesahkan bahawa kematian Zayn Rayyan itu adalah dikeranakan pembunuhan setelah hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan Rayn.

image is not available 2 weeks ago

Kes Kematian Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Diklasifikasikan Kes Bunuh - KP Selangor

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved