Proses penamaan calon di Kuala Lumpur, Putrajaya tenang

Politics
5 Nov 2022 • 8:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) menyantuni penyokong-penyokongnya selepas proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen P125 Putrajaya sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Presint 9, pada Sabtu. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang insiden kekecohan atau provokasi melampau dilaporkan melibatkan keseluruhan 12 lokasi pusat penamaan calon di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pemantauan dijalankan pihaknya mendapati tiada sebarang insiden berlaku yang boleh menggugat proses demokrasi sepanjang berlangsungnya proses penamaan calon.

"Polis Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dan pihak terlibat seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), rakan-rakan media, calon-calon yang bertanding serta penyokong-penyokong dari setiap parti kerana telah memberikan kerjasama yang baik," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, semua pihak terlibat diingatkan agar mematuhi peraturan ditetapkan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Mereka yang terlibat dalam PRU15 ini diingatkan supaya berdisiplin dan berfikiran matang dalam meraikan demokrasi negara ini.

"Selain itu peringatan turut diberikan agar mereka terlibat supaya tidak mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved