Proses Roboh Surau al-Karamah Berjalan Lancar, Operasi Terkawal Tanpa Gangguan

27 Apr 2026 • 7:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Surau al-Karamah di Kampung Seri Keramat, Pasir Putih yang sebelum ini mencetuskan bantahan akhirnya dirobohkan dalam satu operasi yang dijalankan pada Isnin dengan kawalan ketat pihak polis.

Anggota polis sudah ada sejak pagi

Memetik laporan daripada Sinar Harian, puluhan anggota polis sudah berada di lokasi dengan laluan masuk dan keluar ditutup bagi memastikan keadaan terkawal sekitar jam 6.30 pagi lagi.

image is not available

Penduduk setempat hadir lihat proses perobohan

Sebuah jengkaut turut diletakkan di kawasan berkenaan untuk melaksanakan kerja perobohan, manakala penduduk setempat dilihat hadir bagi menyaksikan proses tersebut.

Walau bagaimanapun, kerja-kerja yang dijadualkan bermula jam 9 pagi hanya dapat dimulakan sekitar jam 10.55 pagi selepas beberapa perbincangan bersama pihak berkepentingan.

image is not available

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah menyatakan proses perobohan berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini selepas mendapat kebenaran melalui perintah Mahkamah Tinggi Ipoh.

Beliau memaklumkan operasi turut melibatkan kehadiran bailif mahkamah, pemaju kawasan perumahan serta agensi berkaitan termasuk Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam Perak bagi memastikan setiap langkah dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan.

image is not available

Menurutnya lagi, pihak polis mengambil langkah sewajarnya sepanjang operasi bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara.

Sebelum ini, isu perobohan surau berkenaan pernah mendapat perhatian apabila Jawatankuasa Surau al-Karamah memohon campur tangan kerajaan negeri bagi menghalang tindakan tersebut pada April 2021.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)

The post Proses Roboh Surau al-Karamah Berjalan Lancar, Operasi Terkawal Tanpa Gangguan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved