Proses Rundingan Tamat, Isu MLFF Dibawa Ke Kabinet

LocalPolitics
17 Dec 2024 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Hala tuju pelaksanaan sistem kutipan tol secara Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) ke akan dibawa ke Kabinet pada Januari depan!

Itu kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dengan menyifatkan langkah itu diambil susulan kementeriannya sudah mengeluarkan surat kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terbabit dalam projek MLFF bahawa rundingan terbabit tidak akan diteruskan.

"(Proses rundingan) tidak diteruskan kerana hari ini (semalam) adalah hari akhir, maka kita sudah mengeluarkan surat pada syarikat berkaitan untuk tidak meneruskan rundingan.

"Jadi KKR akan menyediakan dan mengangkat kertas Majlis Jemaah Menteri berhubung hala tuju MLFF kepada Kabinet bulan depan (Januari 2025) untuk pertimbangan dan kelulusan," katanya.

image is not available

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengakui terdapat kira-kira 13 daripada 33 syarikat konsesi lebuh raya tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem MLFF.

Kerajaan mahu memperkenalkan MLFF iaitu konsep plaza tol tanpa palang dalam usaha menambah baik sistem kutipan tol sekali gus melancarkan transaksi pembayaran tol.

Melalui sistem itu, pengguna tidak perlu lagi memberhentikan atau memperlahankan kenderaan ketika membuat bayaran tol seperti dilaksanakan di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved