Seorang anggota tentera memasukkan kertas undi ke dalam peti undi sambil diperhatikan petugas pilihanraya di 91 Depot Bekalan Pusat Kor Perkhidmatan Diraja, Batu Caves, Selangor. gambar Nooreeza Hashim
Bersempena Pilihan Raya Negeri di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu, seramai 97,388 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis serta pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka, hari ini.
Jumlah itu membabitkan 49,660 anggota ATM dan 47,728 anggota polis serta pasangan mereka dan pengundian berlangsung di 260 pusat mengundi awal, yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal bagi PRN.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari penamaan calon pada 29 Julai lalu dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos ini.
Jurugambar kami, Nooreeza Hashim, Salwa Farhana Ismail dan Syadila Amari membidik lensa masing-masing ketika meninjau kemeriahan suasana proses pengundian awal di beberapa lokasi, hari ini.
Seorang anggota tentera dan pasangannya yang mengundi awal di 91 Depot Bekalan Pusat Kor Perkhidmatan Diraja, Batu Caves, Selangor. gambar Nooreeza Hashim
Anggota polis menunjukkan jari mereka selepas mengundi awal di Balai Polis Hulu Klang. gambar Salwa Farhana Ismail
Anggota polis trafik tidak melepaskan peluang untuk mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. gambar Syadila Amari
Anggota polis menunggu giliran untuk mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan hari ini. gambar BERNAMA
Antara pengundi kurang upaya yang mengundi awal di Balai Polis Hulu Klang. gambar Salwa Farhana Ismail
Calon Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli berbual dengan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya di pusat undi awal di Balai Polis Hulu Klang. gambar Salwa Farhana Ismail
Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Sasha Lyna Abdul Latif melawat pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang. gambar Syadila Amari
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Rumah Keluarga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Seri Bayu, Butterworth hari ini. gambar BERNAMA