ProtectHealth dan Qualitas Medical tawar 100,000 dos vaksin influenza percuma kepada penerima PeKa Sihat

LocalHealth & Fitness
20 Oct 2026 • 5:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

ProtectHealth dan Qualitas Medical tawar 100,000 dos vaksin influenza percuma kepada penerima PeKa Sihat Image from: ProtectHealth dan Qualitas Medical tawar 100,000 dos vaksin influenza percuma kepada penerima PeKa Sihat amree20/10/2026 - 17:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 Okt — ProtectHealth Corporation Sdn Bhd dan Qualitas Medical Group Sdn Bhd bekerjasama menyediakan 100,000 dos vaksin influenza percuma kepada penerima yang layak di bawah program PeKa Sihat, bagi menggalakkan ramai rakyat menjalani saringan kesihatan bagi mengesan penyakit lebih awal.

 

Kerjasama menerusi inisiatif QVAXB40 itu akan dilaksanakan melalui rangkaian klinik Qualitas di seluruh negara, manakala ProtectHealth bertanggungjawab menyelaras kelayakan penerima, pelaksanaan program dan kerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan.

 

Kedua-dua organisasi tersebut turut menggalakkan penerima yang layak mendapatkan vaksin influenza dan menjalani saringan kesihatan PeKa Sihat dalam sesi lawatan sama bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan pencegahan.

 

"Inisiatif itu turut memperkukuh usaha meningkatkan penyertaan golongan berpendapatan rendah atau B40 dalam program saringan kesihatan, selain memperluas akses kepada langkah pencegahan penyakit melalui kerjasama sektor swasta dan pihak berkaitan," katanya dalam kenyataan bersama.

 

Setakat September 2026, seramai 2.1 juta rakyat Malaysia sudah menjalani saringan kesihatan di bawah program PeKa Sihat, yang sebelum ini dikenali sebagai PeKa B40.

 

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation, Wan Mohd Hazwan Najib berkata, PeKa Sihat bertujuan membantu rakyat mengesan masalah kesihatan lebih awal sebelum keadaan menjadi lebih serius.

 

Beliau berkata, menerusi QVAXB40, usaha mendekati masyarakat akan diperkukuh bagi memudahkan golongan yang layak mendapatkan saringan kesihatan serta penjagaan pencegahan.

 

sihat_DagangNews2026
Gambar hiasan

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Penjagaan Primer Qualitas Health Malaysia, Dr Ramon Varughese, berkata penyedia perkhidmatan kesihatan swasta memainkan peranan penting dalam menggalakkan pencegahan penyakit, selain memberikan rawatan.

 

"Di samping itu, kerjasama inimenunjukkan bagaimana sektor swasta boleh berganding bahu dengan ProtectHealth untuk memperluas penyertaan dalam saringan kesihatan dan menyokong kesejahteraan masyarakat," kata beliau.

 

Mulai 2027, program PeKa Sihat dijangka memperkenalkan manfaat tambahan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) untuk penerima terpilih. Langkah itu bertujuan menghubungkan pengesanan awal dengan penjagaan susulan bagi membantu mencegah perkembangan penyakit serta mengurangkan risiko komplikasi.

 

ProtectHealth ialah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang diperbadankan pada 19 Disember 2016 di bawah Kementerian Kesihatan. Organisasi itu bertanggungjawab menyelaras dan mengurus beberapa inisiatif berkaitan, termasuk Skim Perubatan MADANI, PeKa Sihat dan Program Penyumberan Luar Perkhidmatan Hospital.

 

Qualitas Medical Group pula mengendalikan rangkaian klinik penjagaan primer swasta di seluruh Malaysia melalui Qualitas Health, yang menawarkan perkhidmatan klinikal, saringan kesihatan, vaksinasi dan penjagaan pencegahan.

 

Kerjasama QVAXB40 itu dijangka membantu memperluas jangkauan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti yang kurang mendapat akses kepada penjagaan pencegahan. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved