Protes antipelancong bertukar ganas

WorldTravel
28 Jul 2026 • 2:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Protes antipelancong bertukar ganas

PALMA DE MALLORCA: Pasukan polis rusuhan bertempur dengan kumpulan penunjuk pe­rasaan antipelancongan di­ Sepanyol kelmarin selepas per­himpunan yang dianjurkan ber­tukar ganas.

Lebih 25,000 orang dilaporkan membanjiri jalan-jalan di ibu negara Mallorca, Palma.

Ia adalah bagi membantah kebanjiran, pelancong yang memenuhi pulau berkenaan sepanjang musim panas.

Kumpulan penunjuk perasaan yang mendakwa pusat percutian popular itu sudah mencapai had maksimum bertindak merempuh dan bertempur dengan pihak berkuasa.

Satu rakaman video memaparkan seorang penunjuk perasaan dipukul menggunakan cota sebelum seorang lagi bertindak melompat dan menyerang anggota polis.

Penunjuk perasaan yang be­rang turut dilihat melompat pagar penghalang menyebabkan polis bertindak balas de­ngan memukul beberapa individu.

Selepas perusuh bertindak melemparkan botol ke arah polis, pihak berkuasa melepaskan peluru getah ke dalam orang ramai bagi membubarkan perhimpunan tersebut.

Para penunjuk perasaan membawa sepanduk dengan pelbagai slogan seperti ‘pelancong sila pulang’ dan ‘selamatkan Majorca’.

Masyarakat tempatan menggesa agar amalan pelancongan secara besar-besaran di pulau itu dihentikan serta-merta.

Komuniti tempatan men­dak­wa kebanjiran pelawat asing telah menjejaskan dan memburukkan kualiti kehidupan harian mereka. – AGENSI

The post Protes antipelancong bertukar ganas appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved