Protes di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta bantah komik dijual di Malaysia

26 Jun 2023 • 9:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JAKARTA: Sekumpulan rakyat Indonesia berhimpun di luar kedutaan Malaysia di sini pada Isnin untuk membantah penjualan dan pencetakan sebuah buku komik yang satu daripada halamannya memburukkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Penunjuk perasaan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Corong Rakyat, menuntut pihak berkuasa menghentikan pencetakan dan penjualan buku komik itu di beberapa rangkaian kedai buku di Malaysia.

Mereka turut menggesa pihak berkuasa menyiasat motif di sebalik cerita dan ilustrasi oleh penulis komik, Cheeming Boey itu.

Menurut berita tempatan, Boey, 45, ialah warga Malaysia yang dilahirkan di Singapura dan bermastautin di Amerika Syarikat.

Polis Jakarta Selatan menghantar 47 anggota untuk memantau protes yang bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir kira-kira sejam kemudian.-Bernama