Protes ‘Duduk Bantah’ Halang Jalan, Dua Peserta Himpunan Sokong Misi Global Sumud Flotilla Ditahan PDRM

LocalPolitics
2 Oct 2025 • 4:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Melalui laporan Astro Awani, dua orang peserta himpunan menyokong misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu kota, hari ini.

image is not available

Kedua-dua individu tersebut telah ditahan pada sekitar jam 1 tengah hari selepas peserta melakukan protes ‘duduk bantah’ yang menjadi penyebab jalan Tun Razak ditutup hampir lima minit.

Difahamkan, seorang peserta dibawa ke IPD, manakala seorang lagi peserta tidak dikenali pasti lokasinya.

image is not available

 

Sekadar info, himpunan tersebut disertai oleh puluhan aktivis di kawasan kedutaan pada 12 jam tengah hari, di mana perhimpunan itu mahu menyatakan bantahan rejim Zionis memintas GSF pada tengah malam tadi di kawasan perairan yang menuju ke Gaza bagi menghantar bantuan.

image is not available 2025-10-02 15:14:01

GSF: "Saya Telah Dibawa Secara Paksa Oleh IDF" - Kapal Dinaiki Haroqs Pula Ditahan