Protokol Baharu FIDO Membolehkan Passkey Dieksport dan Diimport

TechnologyDigital
15 Oct 2024 • 3:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua tahun lalu FIDO Alliance memperkenalkan sistem passkey yang menggantikan kata laluan dengan sistem yang lebih selamat. Dengan passkey, pengguna tidak perlu lagi menaip kata laluan sebaliknya proses mengesahkan identiti adalah menerusi sistem biometri yang digunakan dengan meluas di pelbagai peranti moden.

image is not available

Minggu ini FIDO Alliance mengumumkan protokol baharu yang akan membolehkan passkey dieksport dan kemudiannya diimport ke dalam sistem pengurusan kata laluan yang berbeza. Dua draf yang dicadangkan bagi menyokong ciri ini ialah Credential Exchange Protocol (CXP) dan Credential Exchange Format (CXF).

Ahli FIDO Alliacne 1Password, Apple, Bitwarden, Dashlane, Enpass, Google, Microsoft, NordPass, Okta, Samsung dan SK Telecom perlu memberikan maklum balas mengenai CXP dan CXF sebelum implementasi dimulakan.

Sejak diperkenalkan, passkey telah digunakan untuk mengakses 12 bilion akaun dengan ia adalah 75% lebih pantas berbanding sistem memasukkan kata laluan atau pengesahan menggunakan OTP SMS.