Proton Buat Comeback Menerusi Pengenalan Proton e.MAS 7 Di Singapura

LocalCars
18 Dec 2024 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, pengeluar kereta nasional, Proton akan membuat kemunculan semula di Singapura memandangkan Proton baru sahaja melantik pengedar rasmi kenderaan elektrik (EV) e.MAS 7, Vincar Group.

Perkara ini diumumkan sempena pelancaran Proton e.MAS 7, baru-baru ini.

image is not available

Proton e.MAS 7 yang bakal dilancarkan pada awal tahun 2025 nanti turut menawarkan dua varian di negara terbabit.

Ini bermakna Proton e. MAS7 akan bersaing dengan jenama seperti BYD Atto 3 yang telah pun menjadi pilihan bajet kebanyakan pemandu yang mementingkan alam sekitar di Singapura.

image is not available

Untuk itu, Vincar Group akan membuka bilik pamerannya di jalan Leng Kee untuk perkhidmatan jualan dan selepas jualan.

Selain Singapura, beberapa negara lain yang bakal menerima model e.Mas 7 adalah Brunei, Mauritus, Nepal, serta Trinidad and Tobago.