Proton e.MAS 7 diuji secara intensif, lepasi banjir 400mm

LocalCars
13 Sep 2024 • 2:32 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Proton berkongsikan perkembangan terbaharu Proton e.MAS 7. Menurut Proton, EV nasional itu sedang diuji secara menyeluruh untuk disuaikan dengan persekitaran Malaysia. Sebanyak 6 buah Proton e.MAS 7 sedang menjalani ujian:

  • Durability Adaptive Testing (DAT)
  • Electrical Road Testing (ERT)
  • Advanced Driver Assistance System (ADAS) Road Test
  • Quality Realiability Test (QRT)
  • kebolehgunaan Digital Head Unit (DHU)
  • keutuhan Telematic Service Provider (TSP)

Proton e.MAS 7 juga dilapor berjaya mengharungi ujian air sedalam 400mm untuk mensimulasikan kebarangkalian banjir kilat dalam persekitaran Malaysia. Proton mensasarkan untuk mengumumkan maklumat penjualan e.MAS 7 sebelum 2024.

image is not available

Proton e.MAS 7 bukan rebadge semata-mata

Proton terus menekankan yang EV pertama jenama nasional itu bukanlah rebadge semata-mata daripada Geely Galaxy E5. Walaupun ia mempunyai fizikaliti sama dengan Galaxy E5 kecuali pada kedudukan pemandu, penglibatan Proton dalam pembangunan e.MAS 7 adalah signifikan.

image is not available

Contohnya, mereka menghantar 230 jurutera ke China dalam tahun 2022 untuk sama-sama membangunkan versi right-hand drive Galaxy E5. Mereka terlibat dalam bahagian seperti strategi produk, kejuruteraan, rekaan, QC, serta pembangunan ekosistem tempatan. Misalnya, pemandu eMas 7 kelak boleh menggunakan sistem inforia untuk cari tempat mengecas dalam rangkaian pnegecas rakan niaga Pro-Net.

Proton e.MAS 7 sertai perarakan Hari Kebangsaan 2024

Awal Ogos 2024 yang lalu, kami ada laporkan bahawa Proton e.MAS 7 dikesan berlegar-legar di sekitar Kuala Lumpur yang mencadangkan ujian intensif sedang dijalankan. Seperti biasa, unit yang pengguna akan nampak adalah yang ditampal pelekat "camo" memenuhi badannya.

image is not available
Proton e.MAS 7 Merdeka 2024

Perarakan Hari Kebangsaan 2024 turut menyaksikan penyertaan e.MAS 7 sebagai salah satu daripada 24 kenderaan dalam keluarga Proton yang berarak. Perkara yang menarik adalah, pelekat camo yang mereka gunakan untuk Hari Merdeka 2024 ini lebih berwarna warni bermotifkan bendera Malaysia berbanding warna biru bosan yang kami lihat di majlis previunya tak lama dahulu.

Bacaan berkaitan