Proton e.Mas 7: Kabin didedah & Super APP dilancar 26 Oktober 2024

LocalCars
25 Oct 2024 • 7:44 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas menjelajahi hampir keseluruhan semenanjung Malaysia, Proton e.MAS 7 akan menyertai satu pameran automotif di Setia City Convention Centre iaitu Auto Care Expo (ACE) 2024 pada 26 hingga 27 Oktober 2024 ini. Di situ ada beberapa info baru berkaitan Proton e.MAS 7 bakal diumumkan.

Datang ACE 2024 dan lihat kabin Proton e.MAS 7

Proton akan mendedahkan secara rasmi kepada awam rupa bahagian dalam Proton e.MAS 7.

image is not available

Info ini besar kerana buat masa sekarang kita masih belum tahu bagaimanakah rupa kenderaan itu kecualilah untuk segelintir media yang menyertai Proton e.MAS 7 Tour tempoh hari, itupun mereka diletakkan di bawah embargo supaya tidak berkongsikan sebarang maklumat berkaitan kabin Proton e.MAS 7.

image is not available

Makanya, kalau anda nak jadi orang awam antara yang terawal melihat sendiri bagaimana keadaan dalam Proton e.MAS 7, silalah datang ke Setia City Convention Centre di ACE 2024.

Super APP Proton e.MAS juga akan didedahkan

Selain daripada bahagian dalam, satu lagi info segar yang akan dikongsikan Proton tentang EV pertama mereka adalah aplikasi induk Proton e.MAS Super APP.

image is not available

Buat pengetahuan anda, aplikasi itu akan diguna untuk mengawal kereta, memerika status kereta malahan fungsi tambahan seperti kalkulator kewangan, dan intergrasi dengan rangkaian pengecasan juga ada.

image is not available

Akhir sekali, Proton juga akan umumkan butiran lanjut tempahan Proton e.MAS 7 di ACE 2024.

Bacaan berkaitan