Proton e.MAS 7 kereta rasmi ASEAN 2025

LocalCars
16 Dec 2024 • 6:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (lima dari kiri) melancarkan kereta elektrik pertama Proton e.Mas 7 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, dipilih sebagai kereta rasmi bagi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Malaysia berharap dapat menunjukkan contoh di rantau ini dalam mempromosikan pembangunan EV, dengan menekankan bahawa ia adalah lanjutan yang boleh dilihat secara langsung daripada komitmen pelepasan karbon sifar bersih negara.

“Dalam masa terdekat, saya juga gembira melihat kereta ini akan dibina di Tanjung Malim, menaikkan taraf vendor Malaysia melalui pemindahan teknologi dan kemahiran baharu yang berkaitan dengan EV,” katanya pada majlis pelancaran e.MAS 7, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved