Proton e.MAS 7 Kini Jelajah Ke Negeri Utara

LocalCars
10 Oct 2024 • 8:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kereta EV pertama PROTON, Proton e.MAS 7 sudah menempuh jarak sejauh 894km merentasi negeri-negeri di selatan Malaysia, baru-baru ini.

Jelajah Proton e.MAS 7 yang bermula dari PROTON Center of Excellence (COE), Shah Alam menghala selatan dengan menuju ke perhentian di Muzium Minangkabau Negeri Sembilan dan seterusnya negeri Melaka.

Jelajah e.MAS 7 juga telah membuat 23 perhentian termasuk empat pratonton eksklusif di pengedar untuk mempamerkan PROTON EV kepada ribuan penonton yang hadir.

Jelajah EV ini sebenarnya salah satu persiapan untuk pelancaran besar bagi penghujung tahun nanti.

Sepanjang pengembaraan, e.MAS 7 ini telah menempuhi pelbagai cuaca dan keadaan jalan raya di Malaysia, manakala jurutera PROTON telah bekerja keras dan yakin untuk memastikan e.MAS 7 memenuhi kepuasan rakyat terhadap kereta elektrik ini.

image is not available

Setiap hentian di dalam jelajah ini, orang ramai berpeluang berinteraksi dan melihat sendiri kereta EV yang menuju ke era mobiliti lestari di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, jelajah e.MAS 7 bukan sahaja mempamerkan keupayaan dan ciri-ciri baharu EV tetapi meningkatkan lagi interaksi dengan rakyat setempat.

“Maklum balas positif yang kami terima daripada orang ramai mengenai keluasan dalaman kereta ini dan reka bentuknya yang unggul walaupun dipamerkan dalam corak pelekat pembalut kereta menekankan potensi e.MAS 7 dalam menetapkan piawaian baharu dalam pasaran EV,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

image is not available

Difahamkan, setelah menamatkan fasa pertama di selatan, Jelajah Proton e.MAS 7 akan beralih ke utara dengan melawati negeri-negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, bermula esok sehingga 14 Oktober ini.

Jelajah Proton e.MAS 7 akan hadir di setiap negeri pada tarikh berikut:

• 11 Oktober 2024 – Perak dan Penang

• 12 Oktober 2024 – Penang

• 13 Oktober 2024 – Kedah dan Perlis

• 14 Oktober 2024 – Perlis

Untuk keterangan lanjut, layari laman web Proton e.MAS dan akaun media sosial rasmi di bawah nama pengguna Proton e.MAS Cars untuk Facebook dan Xiaohongshu, serta protonemasofficial untuk Instagram dan TikTok.