Proton e.MAS 7: Pengalaman Luar Biasa Pandu Kereta EV Malaysia

LocalCars
16 Jul 2025 • 10:30 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Proton e.MAS 7: Pengalaman Luar Biasa Pandu Kereta EV Malaysia

Sehingga artikel ini ditulis, Malaysia hanya memiliki satu model kereta elektrik dalam pasaran di bawah jenama Malaysia iaitu Proton e.MAS 7.

e.MAS 7 di lancarkan pada 16 Disember 2024 oleh YAB, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di MITEC, Kuala Lumpur.

Datang dengan dua varian iaitu Prime dan Premium.

Banyak beza antara Prime dan Premium ini, antaranya driving range, saiz bateri, ciri-ciri dalam kereta dan banyak lagi.

Tapi bukan itu nak diceritakan sebab kali ini SK nak cerita pengalaman SK pandu e.MAS 7 dari Cyberjaya ke kampung.

Terima kasih kepada Proton kerana memberi peluang kepada Siakap Keli merasai pengalaman pandu e.MAS 7.

image is not available

Penggunaan Bateri

SK memandu kereta ni dari Cyberjaya ke Jelebu, Negeri Sembilan lebih kurang 90km.

SK memulakan perjalanan dengan bateri pada paras 90%+ dan sampai ke destinasi baki bateri 70%+

Bila dah sampai kampung, SK tak gunakan kereta untuk ke mana-mana perjalan jauh, hanya ke pekan, pasar dan sebagainya.

Ketika nak mulakan perjalanan dari Jelebu ke Cyberjaya, bateri dari 60%+ sampai ke destinasi, masih berbaki 30%+.

Untuk varian Prime, jarak pemanduan untuk sekali cas penuh boleh capai 345km.

Untuk perjalanan jarak bawah 100km, tiada masalah untuk memandu pergi dan balik tanpa perlu cas bateri.

Dengan syarat, tak gunakan banyak bateri selepas tiba ke destinasi.

 

Keselesaan

SK tiada apa nak merungut bab keselesaan sebab SK rasa sangat selesa sepanjang pemanduan.

Tempat duduk kulit e.MAS 7 juga sangat selesa untuk perjalanan jauh cuma mungkin ada rasa kurang selesa jika saiz badan XXL.

Bagi tempat duduk belakang juga sama seperti kereta EV yang lain iaitu tanpa bonggol di tengah sekaligus memberikan lebih ruang.

Aircond pun memberi kerjasama yang baik dan tempat duduk belakang pun ada corong aircond untuk tambah rasa selesa penumpang.

Skrin ‘gergasi’ 15.6 inci dengan paparan 2k memang bagi kepuasan untuk SK dapat skrin sebesar itu.

Setakat ini, e.MAS 7 hanya menyokong sambungan Apple Carplay tanpa wayar dan Android Auto akan datang dalam kemaskini terbaru nanti.

Bila dah boleh sambung Apple Carplay, dah boleh nak akses lagu, maps dan jawab call dari skrin sahaja.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Keselamatan

Kalau nak cerita ciri keselematan e.MAS 7 ni sampai esok pun tak habis.

SK ceritakan ciri keselamatan yang SK alami je la sepanjag pemanduan.

Antara yang SK dapat rasa ialah Lane Keep Assist yang bantu SK kekal dalam lane dengan selamat.

Selain itu, Blind Spot Detection juga banyak membantu bagi alert ada kereta datang dari arah belakang.

Kamera yang ada pada e.MAS 7 juga sangat jelas dan sangat membantu untuk memandu di kawasan sempit dan ketika parkir.

e.MAS 7 juga lengkap dengan 6 beg udara bagi menepati ciri-ciri keselamatan terkini di dunia.

Ringkasnya, e.MAS 7 ini cukup lengkap dengan semua ciri keselamatan terkini dengan dilengkapi ADAS tahap dua.

image is not available

Cas Bateri

Tempat cas bateri dan tempoh mengecas adalah dua perkara yang jadi penghalang orang ramai nak beli kereta EV.

SK pun tidak menyangkal realiti itu buat masa ini kerana di kampung SK juga belum ada stesen pengecas EV disediakan.

Kalau nak cas, SK terpaksa keluar ke bandar yang terdekat iaitu Seremban lebih kurang 40km dari rumah.

Tapi untuk perjalanan kali ini SK tak cas pun sepanjang dari Cyberjaya-Jelebu-Cyberjaya.

Kalau di bandar, stesen pengecasan mungkin tidak lagi jadi masalah besar.

Pusat beli-belah, stesen minyak dan tempat parkir awam juga sudah ada sediakan pengecas EV.

Untuk tempoh pengecasan tu bergantung kepada dari berapa peratus dan hingga berapa peratus anda nak cas.

Sebelum SK pulangkan kereta kepada Proton, SK kena cas dulu sebab lepas sampai dari kampung ada juga guna untuk ke KL dan sebagainya.

SK hanya hadkan pengecasan kepada RM30 menggunakan apps Gentari Go. Dari 4% bateri, SK dapat cas hingga 42% dan hanya makan masa 14 minit.

Untuk 42% tu, SK boleh pandu 127km, cukuplah untuk SK pandu ke Proton Centre of Excellence bagi tujuan pulangkan kereta.

Nak dapat masa yang sama macam kita isi minyak mungkin sekarang belum ada lagi di Malaysia tapi satu hari nanti siapa tahu kan?

Mungkin bila teknologi kereta EV makin berkembang, kita hanya perlukan 5-10 minit untuk cas penuh kereta EV. Sekadar bermungkin-mungkin.

image is not availableimage is not available

Pemanduan

Dari segi pemanduan, SK boleh katakan e.MAS 7 setanding dengan BYD Atto 3 yang SK pernah pandu sebelum ni.

SK dapat rasa daya pecutan yang sangat responsif sejurus pedal dipijak.

Atas kertas pun, e.MAS 7 hanya ambil masa 6.9 saat dari 0-100km/j.

Kalau nak memecut di lebuh raya tu memang seronok, sangat berbeza dengan kereta ICE.

Kalau kereta ICE, mungkin deruan enjin tu buat adrenalin kita memuncak, kereta EV ni senyap je tapi laju.

Pandu e.MAS 7 atau mana-mana kereta EV ni juga buat kita lupa SOP biasa bawa kereta ICE.

Mana tidaknya, kereta EV ni tak perlu tekan apa-apa butang start. Masuk je kereta, masuk gear boleh jalan.

Kalau dah parkir, tak payah tekan apa-apa butang, selesai je parking kereta, auto masuk brek parkir dan terus je keluar dari kereta.

Kereta auto lock dan semua jenis lampu akan terpadam selepas kereta dikunci.

SK sampai terbawa-bawa perangai tu pada kereta sendiri, sampai isteri tegur “enjin ni tak matikan ke bang?”

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, pengalaman memandu Proton e.MAS 7 Prime memang sesuatu yang sangat berharga.

e.MAS 7 Prime dengan harga RM109,800 dah lengkap dengan semua ciri-ciri terkini sebuah kereta EV.

Jika ditanya berbaloi ke untuk memilikinya? Itu SK rasa bergantung kepada keperluan anda sendiri.

SK setuju fasiliti kereta EV ni masih kurang di kawasan luar bandar tapi SK yakin isu itu perlahan-lahan akan diselesaikan

Tapi jika anda nak gunakan majoriti di kawasan bandar, isu fasiliti tidak lagi jadi satu masalah. Semuanya sudah lengkap.

Ada juga SK baca beberapa pengalaman pengguna kereta EV, nasihat mereka pastikan duduk di rumah landed dan boleh cas di rumah.

Memang berbaloi untuk beli kereta EV jika boleh cas di rumah dan mungkin jika dikaji akan jadi lebih jimat berbanding kereta ICE.

Mungkin tahun ini juga Malaysia bakal menyambut dua lagi model kereta EV iaitu dari jenama Perodua dan Proton dengan e.MAS 5.

Untuk maklumat lanjut mengenai e.MAS 7 boleh layari laman web Proton e.MAS 7