Proton e.MAS 7 Varian Prime Buktikan Mampu Jalan Jauh Lebih 300KM Dengan Sekali Cas

LocalCars
12 Mar 2025 • 11:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Proton New Energy Technology (PRO-NET), anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mencatatkan pencapaian baharu dalam landskap kenderaan elektrik (EV) Malaysia melalui “Live” jelajah EV sulungnya.

Menerusi siri jelajah itu, Proton e.MAS 7 varian Prime membuktikan keupayaan pemanduan jarak jauh dengan melakukan perjalanan sehingga 352 km dengan hanya sekali cas.

Proton e.MAS 7 telah memulakan perjalanan dari Proton Centre of Excellence (COE), Shah Alam, Selangor, dan kemudian berhenti di R&R Seremban sebelum meneruskan perjalanan ke pengedar Proton e.MAS di Melaka.

image is not available

Secara keseluruhan, perjalanan pergi dan balik sejauh 352km itu dibuat dengan hanya sekali cas dan selepas menyempurnakan perjalanan itu, varian itu masih iboleh melakukan perjalanan dalam 43km lagi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan keupayaan Proton e.MAS 7 adalah sebanyak 395km, lebih jauh dari julat rasmi WLTP.

Selain itu, PRO-NET ada menyiarkan perjalanan Proton e.MAS 7 dan, memberikan penonton pandangan bagaimana Proton e.MAS 7 Prime beraksi di atas jalan raya

Penonton mendapatkan maklumat secara langsung daripada Pegawai Penjenamaan PRO-NET,Salawati Mohd Yusoff, bersama pakar produk dari PRO-NET dan pempengaruh dalam mobiliti EV membincangkan aspek penting bagi pemilikan EV, termasuk jarak pemanduan, infrastruktur pengecasan, pengurusan bateri, dan teknologi EV terkini.

image is not available

Menurut Salawati, EV sebenarnya sesuai untuk berulang alik ke tempat kerja, mahupun untuk kegunaan seharian dan perjalanan jauh.

“Ramai orang bimbang akan jarak pemanduan kenderaan elektrik, tetapi ujian ini membuktikan bahawa Proton e.MAS 7 sebenarnya boleh pergi lebih jauh, memberikan keyakinan seperti memandu kereta biasa.

“Kami sangat gembira melihat lebih ramai rakyat Malaysia sedang beralih kepada kenderaan elektrik. Kami akan memastikan peralihan ini diberi kemudahan yang lancar untuk semua orang,” katanya.

Siri jelajah ini bukan sahaja membuktikan kecekapan sebenar Proton e.MAS 7 Prime, tetapi juga menonjolkan permintaan pasaran yang kukuh terhadap kenderaan EV Proton.

Setakat ini, lebih daripada 1,000 unit e.MAS 7 telah dihantar, menandakan pencapaian penting bagi jenama ini.

Raya Ikonik: “Balik Kampung” Lebih Hijau dengan Proton e.MAS 7

image is not available

Selain itu, , PRO-NET turut mengadakan promosi Istimewa Raya, dan anda berpeluang membawa Proton e.MAS 7 Prime tepat pada masanya untuk perjalanan balik kampung, sambil menikmati perjalanan yang lancar dan cekap tanpa perlu risau.

Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi bilik pameran Proton e.MAS pada 15 dan 16 Mac dan nikmati tawaran eksklusif, pelbagai aktiviti menarik, dan melihat EV tersebut dengan lebih dekat.

Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran media sosial rasmi Proton e.MAS: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial).