Proton e.MAS Kini Miliki Lebih 50 Cawangan, Antara Pengedar EV Terbesar Di Malaysia

LocalCars
27 Oct 2025 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), pengedar rasmi Proton e.MAS, kini merupakan rangkaian pengedar kenderaan elektrik (EV) terbesar di Malaysia memandangkan ia kini mempunyai lebih 50 cawangan di seluruh negara, setakat ini.

Lebih menarik, sebanyak 45 pusat pengedaran Proton e.MAS dijangka beroperasi menjelang akhir Oktober ini manakala jumlah ini dijangka meningkat kepada lebih 50 pusat menjelang Disember 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang mengakui sambutan terhadap Proton e.MAS Ketika ini cukup menggalakkan.

"Dalam tempoh setahun, kami telah berkembang daripada tiada kepada rangkaian pengedar EV terbesar di Malaysia, dan ini hanyalah permulaan," katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Selaras dengan strategi pengembangan, Proton e.MAS kini meninjau beberapa lokasi utama di seluruh negara termasuk Bangsar, Pandan Indah, Bukit Jalil, Batu Caves, Kota Damansara, Cyberjaya dan Kajang di Lembah Klang; selain Skudai, Kluang dan Johor Bahru di Johor serta Nibong Tebal dan Batu Kawan di Pulau Pinang.

Sehubungan itu, PRO-NET juga sedang mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS yang semakin berkembang pesat.

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada ke affendyk@proton.com.