
Proton e.MAS PHEV: Boleh Ke Isi Minyak Tanpa Cas Bateri?
Setahun dua ini, jualan kereta elektrik (EV) semakin meningkat naik. Ramai orang yang mula beralih arah dari kereta petrol ke kereta EV.
Tapi ada golongan atas pagar yang masih risau nak beralih ke EV dari ICE. Mungkin disebabkan itu, wujudnya kereta Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV).
Proton juga baru sahaja lancarkan model e.MAS 7 PHEV Februari lepas dan 3 varian diperkenalkan iaitu Prime, Premium dan Premium Plus.
Boleh Ke Isi Minyak Sahaja?

Ramai tertanya-tanya kereta e.MAS 7 PHEV ni boleh ke isi minyak sahaja tanpa cas bateri? Jawapan ringkasnya boleh.
Proton dalam satu sesi bersama media telah menjawab persoalan ini dan model e.MAS 7 PHEV ini boleh hanya isi minyak sehingga setahun pun tiada masalah.
Teknologi PHEV zaman moden kini lebih maju berbanding sistem PHEV yang lama. Zaman dulu, bateri akan rosak kalau tak cas dalam tempoh yang lama.
Namun, Proton tidak menggalakkan pengguna untuk langsung tak cas bateri dan hanya guna petrol sahaja dan Proton kata caslah bateri sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Proton kata ini kerana bateri akan recalibrate selepas cas penuh disebabkan itu cas sekali sebulan digalakkan jika anda hanya nak tumpu guna petrol.
PROTON e.MAS PHEV: Boleh Ke Guna Mode EV Sahaja?

Persoalan kedua, boleh ke cas sahaja tanpa isi petrol? Jawapan ringkas dari Proton sudah tentu boleh.
Kata Proton, model e.MAS PHEV ini menggunakan tangki minyak bertekanan dan ia berbeza dengan tangki minyak kereta petrol biasa.
Ketika tangki minyak dalam tekanan akan mengurangkan penguapan petrol dalam tangki dan proses degradasi minyak menjadi perlahan.
Bahasa lawaknya, minyak tak basi simpan dalam tangki lama-lama. Jadi begitulah jawapan dari dua persoalan yang selalu ditanya untuk model PHEV.
Tapi kenapa tak nak gunakan kedua-dua sumber tenaga kalau dah beli PHEV kan? Tak dapatlah nikmati sepenuhnya jarak pemanduan gabungan yang cecah 1,000km tu.
Kalau nak guna petrol sahaja, enjin e.MAS PHEV ni hanya enjin Natural Aspirated dan bukannya turbo. Jadi kurang power untuk bawa body besar macam e.MAS 7 PHEV ni.
Kalau nak guna mode EV sahaja kenapa beli PHEV? Beli kereta BEV sahajalah kan lebih murah kos maintenance. Anda rasa macam mana?


