
Setiap hari semakin banyak Proton eMAS dilihat dijalanraya menandakan penerimaan masyarakat terhadap kereta elektrik. Sehingga kini sebanyak 11,700 unit Proton eMAS 7 terjual, manakala lebih 9500 unit Proton eMAS5 terjual. Hari ini di acara KLIMS 2026, PRO-NET telah memperkenalkan versi baharu Proton e.MAS 7 Premium Plus.


Proton eMAS 7 Premium Plus merupakan spesifikasi tertinggi yang ditawarkan untuk model eMAS 7. Ia kini membawakan bateri bersaiz 68 kW yang memberikan jarak perjalanan sejauh 450KM WLTP, satu penambahbaikan berbanding versi terdahulu 410KM WLTP. Bagi menyokong bateri lebih besar, ia dilengkapi pengecas DC 115kW dengan pengecasan 30-80% hanya mengambil masa sekitar 20 minit.

Membezakan lagi Proton eMAS 7 Premium Plus ialah ia turut membawakan kerusi hadapan dilengkapi fungsi mengurut 3 tahap dan khusus untuk penumpang hadapan terdapatnya kerusi berlunjur yang menambahkan keselesaan. Dari segi luaran ia tampak sama seperti versi-versi terdahulu.

Proton eMAS 7 Premium Plus dijual pada harga RM 125,800, dan hadir dengan jaminan selama 6 tahun tanpa had jarak perbatuan, jaminan bateri dan komponen elektrik selama 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan, disertakan dengan data tanpa had selama 5 tahun, palam V2L, pengecas dinding 7kW dan diskaun tukar beli bernilai RM 5,000. Untuk promosi pelancaran, diskaun sebanyak RM 7,000 diberikan untuk masa terhad, dan ia turut merangkumi versi lain. Harga selepas diskaun pelancaran adalah seperti berikut:
- Premium Plus: RM 118,800
- Premium: RM 112,800
- Prime: RM 96,800



Dengan pelancaran ini, kini orang ramai mempunyai pilihan jarak yang lebih jauh untuk model Proton eMAS 7. Sekiranya pemilikan kereta elektrik dirasakan masih mencabar, terdapatnya Proton eMAS 7 PHEV yang merupakan gabungan elektrik dan petrol. Sehingga kini sekitar 2,300 Proton eMAS 7 PHEV telah terjual, menandakan keterbukaan rakyat tempatan terhadap kereta dengan sumber tenaga yang lebih efisien.
