Proton EV diumum 12 Jun 2024 ini?

Cars
10 Jun 2024 • 8:16 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Proton katanya akan umumkan perkara baharu pada 12 jun 2024, jam 6 petang. Berdasarkan utusan mereka di Facebook dan Instagram, imej dedaun hijau dan kata-kata kunci seperti ProtonEV, Electrifying, Sustainability, dan Greener, tidak syak lagi yang mereka akan berkongsikan perkembangan semasa projek kereta elektrik mereka.

image is not available
Proton dengan poster hijau

Apa nama EV Proton baharu?

Sebelum ini, Proton ada menyeru pengguna untuk menyertai kehangatan projek rintis ini dengan meneka apakah jenama EV yang sesuai untuk sayap baharu Proton ini. Perlu diingatkan yang jenama EV tidaklah sama dengan nama model.

image is not available

Akhir Mac 2024 lalu kami ada kongsikan yang yang Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah, ada katakan yang sebuah EV Proton akan diumumkan seawal 2025 untuk penuhi komitmen mereka kepada kerajaan Malaysia. Walaupun ia bukanlah satu info baharu, namun, ia memperkuat kenyataan yang telah dibuat sebelum ini.

YB Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri MITI, dalam ucapannya sewaktu pelancaran Smart #1 dalam bulan November 2023 lalu mengatakan yang dia optimis yang jenama tempatan mampu hasilkan EV menjelang tahun 2025 berdasarkan info terkini yang beliau perolehi.

image is not available

Kemudian, dalam bulan Februari 2024 pula, pengasas dan pengerusi Geely, Eric Li Shifu, sewaktu pelancaran Proton X90 ada mengatakan bahawa Proton EV akan dilancarkan tak lama lagi.

Pengumuman tersebut muncul sejurus Kementerian Pelaburan, perdagangan, dan Industri (MITI) menyeru supaya Proton dan Perodua melancarkan EV mampu milik dalam tahun 2025. Malah Geely katakan yang model kedua pula akan dilancarkan 6 hingga 8 bulan selepas model pertama dilancarkan.

Rebadge atau model baharu?

Sekarang, persoalan seterusnya selain nama adalah apakah kaedah pengeluaran Proton EV ini apabila dilancarkan kelak. Adakah ia model rebadge daripada produk Geely sedia ada ataupun dibangunkan berasaskan casis EV sedia ada?

image is not available

Melihat pada model kerjasama Proton dan Geely masa ini, pemerhati pasaran menjangkakan Proton EV adalah rebadge kepada model EV sedia ada di bawah payung jenama China itu. Antara yang dipetik adalah Geometry C dan Geometry E, dua EV berkelas SUV yang popular di China.

Kenyataan ini diperkukuh apabila poster yang memanggil pengguna untuk menamakan jenama Proton EV terbaharu ini memaparkan garisan luaran mirip Geely Galaxy E5.