Proton Kembali Ke Pasaran Singapura – Menawarkan Kereta Elektrik Proton e.MAS7

TechnologyDigitalCars
3 May 2025 • 9:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Proton hari ini secara rasminya mengumumkan kemunculan kembali ke pasaran Singapura, dan akan mula menawarkan kenderaan elektrik pertama Proton, iaitu Proton e.MAS7 di Singapura. Untuk tujuan ini, Proton bekerjasama dengan pengedar VINCAR Group di pasaran Singapura.

image is not available

Proton menyediakan sebuah halaman khusus untuk pengguna Singapura, dan bersempena dengan pengenalan ini, sebanyak 99 unit pertama akan ditawarkan sebagai “Founders Edition”. Halaman sama turut menyenaraikan penawaran seperti servis percuma selama 10 tahun, dan juga 10 tahun jaminan bateri.

Buat masa ini, pendaftaran minat telah dibuka di Singapura, dan maklumat lanjut berkenaan harga penawaran serta hadiah bersama yang ditawarkan dijangka dikongsikan dalam masa terdekat ini.