Proton hari ini berkongsi perancangan untuk memperkenalkan kereta elektrik mereka di pasaran menjelang 2027 – iaitu dalam tempoh sekitar lima tahun lagi.
Untuk makluman, sebelum ini Proton sedia memperlihatkan beberapa kereta prototaip, konsep dan pembangunan dalam arena kenderaan elektrik ini. Dan ramai pengguna tempatan sedia menantikan penawaran kereta elektrik daripada pihak Proton di Malaysia.

Disamping perancangan pengenalan kereta elektrik, pihak Proton juga turut akan memasarkan kenderaan elektrik melalui anak syarikat PRONET bermula tahun hadapan – melalui kenderaan pertama dibawah pengedarannya, iaitu SMART #1.
Dengan permulaan pengilbatan secara komersil bermula tahun hadapan, kita mungkin melihat Proton menyediakan pelbagai infrastruktur berkaitan pengecasan kenderaan elektrik – sebelum melancarkan kenderaan elektrik tersendiri dalam tempoh lima tahun lagi.


