Proton S70 i-GT 1.5 NA rasmi di Malaysia, harga dari RM56,800

LocalCars
24 Sep 2026 • 2:56 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Proton S70 i-GT 1.5 NA rasmi di Malaysia, harga dari RM56,800

Akhirnya Proton rasmi melancarkan versi naturally aspirated (NA) untuk sedan S70 mereka, dikenali sebagai Proton S70 i-GT 1.5. Model baharu ini ditawarkan dalam dua varian iaitu S70 Lite dan S70 Prime, dengan harga bermula RM56,800.

Berbanding S70 i-GT yang menggunakan enjin turbo, versi NA ini hadir dengan harga lebih rendah dan menggunakan enjin 1.5 liter yang sama seperti Proton Saga MC3.

Harga Proton X70 i-GT 1.5 NA

Berikut adalah harga jualan rasmi bagi kedua-dua varian Proton S70 Lite dan juga Prime:

  • Proton S70 i-GT 1.5 Lite: RM56,800
  • Proton S70 i-GT 1.5 Prime: RM59,800

Harga tertera di atas sudah termausk dengan rebat pelancaran sebanyak RM3,000.

Sebagai perbandingan, S70 i-GT versi turbo sebelum ini ditawarkan dalam empat varian, dengan harga seperti berikut:

  • Proton S70 i-GT 1.5TD Executive: RM68,800
  • Proton S70 i-GT 1.5TD Premium: RM74,800
  • Proton S70 i-GT 1.5TD Flagship: RM84,800
  • Proton S70 i-GT 1.5TD Flagship X: RM89,900

Untuk makluman, varian Executive dilaporkan telah dihentikan, walaupun ia masih disenaraikan di laman web Proton pada masa artikel ini diterbitkan.

Proton S70 i-GT 1.5 boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Quartz Black, Space Grey, Snow White, Marine Blue dan Armour Silver.

Untuk pemilikan, Proton menawarkan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, selain 6 kali servis buruh percuma ketika servis.

Bersempena pelancarannya, pembeli yang membeli dan mendaftarkan S70 i-GT 1.5 turut boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 9 tahun dengan kadar faedah serendah 2.35% setahun. Proton turut menawarkan rebat sokongan tukar beli sebanyak RM2,000 serta program insurans Proton yang dinaik taraf.

Enjin 1.5L NA dengan 118hp dan transmisi CVT 8-kelajuan

Proton S70 i-GT 1.5 menggunakan enjin i-GT 4-silinder naturally aspirated yang sama seperti Proton Saga MC3. Enjin ini menghasilkan kuasa 118hp (88kW) dan tork maksimum 150Nm.

Kuasa dihantar ke roda menerusi transmisi CVT 8-kelajuan yang menggunakan torque converter. Ia turut mempunyai mod manual untuk memberikan lebih kawalan kepada pemandu. Transmisi ini berbeza daripada CVT Punch dengan sistem start-clutch yang digunakan pada Saga MC3 Premium.

Apa yang ditawarkan pada varian S70 Lite?

Sebagai varian paling mampu milik, S70 Lite masih menawarkan pelbagai ciri untuk kegunaan harian. Di dalam kabin, ia hadir dengan kerusi fabrik, meter analog monokrom 3.5″ serta sistem infotainmen 8″ yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Di bahagian luaran pula, S70 Lite menggunakan rim aloi 16″, lampu utama halogen dan LED daytime running lights (DRL).

Antara ciri lain yang disediakan termasuk Electric Parking Brake (EPB), cruise control, remote engine start, kamera undur dan sensor parkir belakang. Dari segi keselamatan, S70 Lite dilengkapi 6 beg udara dan Electronic Stability Control (ESC). Ia turut mempunyai beberapa ciri bantuan pemanduan seperti:

  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Lane Change Assist (LCA)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Door Opening Warning (DOW)

S70 Prime tambah ciri luaran dan keselesaan

Bagi yang mahukan lebih banyak ciri, S70 Prime menambah beberapa naik taraf berbanding S70 Lite. Di bahagian luar, varian ini mendapat lampu utama LED automatik, cermin sisi boleh dilipat secara automatik dan rim aloi lebih besar 17″.

Bahagian dalam pula menggunakan kerusi leatherette bersama stereng berbalut leatherette. Sistem pendingin hawa automatik turut disediakan. S70 Prime juga menambah sensor parkir hadapan untuk melengkapkan sensor parkir belakang yang terdapat pada S70 Lite.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved