Proton Saga 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM37,990 Dengan Rebat RM1,000

LocalCars
27 Nov 2025 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas kemunculan awam pertamanya di Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dan pratonton eksklusif media, Proton hari ini secara rasmi melancarkan Proton Saga MC3 (2026) serba baharu yang dinantikan-nantikan rakyat Malaysia. Acara yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu menyaksikan model ini dilancarkan pada harga pelancaran bermula dari hanya RM37,990- RM48,990 sehingga 31 Disember ini.

Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, tiga varian ditawarkan iaitu Standard, Executive, dan Premium.

Apakah Spesifikasi Enjin Terbaru Pada Proton Saga 2026?

Ketiga-tiga varian Saga baharu (Standard, Executive, dan Premium) dikuasakan oleh enjin baharu yang sama iaitu enjin i-GT 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural. Enjin ini menghasilkan kuasa 120 PS dan 150 Nm tork.

image is not available

Walaupun berkongsi blok enjin sama seperti pada model X50 versi facelift, enjin Saga ini tidak menggunakan pengecas turbo atau sistem suntikan terus. Varian Standard dan Executive menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan (4AT), manakala varian Premium dipadankan dengan gear CVT automatik.

image is not availableimage is not available

Menurut Proton, angka purata penjimatan bahan api adalah antara 4.9 liter/100 km hingga 5.1 liter/100 km.

Apakah Teknologi & Kelengkapan Kabin Yang Menarik Pada Proton Saga 2026?

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ciri menyerlah pada ruang kabin Saga MC3 adalah kehadiran sistem infotainmen skrin sentuh 9 inci baharu (hanya untuk varian Premium & Executive). Skrin ini menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta sistem paparan kamera undur. Paparan ini dipadankan dengan kluster meter digital 7 inci.

image is not available

Turut disediakan adalah pelbagai port pengecasan USB, pilihan upholsteri fabrik atau kulit, dan kemudahan lain yang dipertingkatkan.

Adakah Saga Baharu Lebih Selamat & Kukuh?

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Proton Saga 2026 Premium (kiri) & Executive (kanan)

Saga MC3 telah direka agar lebih ‘gagah’ dan tampil lebih pintar berbanding versi terdahulu. Ia masih menggunakan platform AMA yang sama tetapi kini diperkukuh untuk keselamatan dan kestabilan yang lebih baik.

Proton mendakwa bahawa platform AMA adalah “fleksibel dan bersedia untuk masa hadapan”, serta direka untuk memenuhi piawaian keselamatan, prestasi dan kecekapan antarabangsa.

image is not available

Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Snow White dan Armour Silver.

Ia kini menggunakan binaan Elektrikal dan Elektronik (E&E) baharu yang membolehkan fungsi pintar seperti Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) diperkenalkan.

Peningkatan menarik lain adalah termasuk pemasangan suspensi MacPherson strut hadapan dan torsion beam belakang yang dinaik taraf serta penggunaan brek cakera pada semua roda (tiada lagi brek dram belakang). Selain itu, buat pertama kali untuk Saga, pengenalan sistem stereng kuasa elektrik (EPS) penuh.

Varian Tertinggi, Saga Premium, Dilengkapi ADAS Komprehensif?

image is not availableimage is not available

Ya, walaupun model mampu milik, Saga versi tertinggi, Premium, hadir dengan ciri keselamatan ADAS yang komprehensif selain enam beg udara yang membolehkannya menerima penarafan ASEAN NCAP empat bintang. Berikut adalah antara ciri yang disediakan:

Amaran dan Pencegahan Perlanggaran Hadapan (FCW & AEB)Amaran Berlepas Hadapan (FDA)Amaran Keluar Laluan (LDW)Pemantauan Titik Buta (BSM)Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)Bantuan Penukaran Laluan (LCA)Amaran Pembukaan Pintu (DOW)

image is not availableimage is not available

Bagaimanapun, varian Standard dan Executive pula menawarkan asas keselamatan yang memadai untuk pembeli yang mementingkan bajet, seperti dua beg udara, cagak ISOFIX, ABS dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Berapakah Harga Jualan Proton Saga 2026 Di Malaysia?

image is not available

Lima pakej diumumkan semasa pelancaran. Pro-Warranty didatangkan secara standard, Pro-Trade-In, Pro-Xchange, Pro-Finance dan Pro-Shield hanya ditawarkan untuk pembelian sehingga 31 Disember ini.

Proton Saga 2026 kini ditawarkan di pasaran pada harga pelancaran bersama rebat RM1,000 menjadikan harga jualan hanya RM37,990 untuk varian Standard, RM43,990 untuk Executive dan RM48,990 untuk Premium sehingga 31 Disember ini. Pembelian didatangkan standard dengan pakej waranti Pro-Warranty selama 5 tahun/150,000 km.

Baca: Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu