Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?

LocalCars
19 Jan 2025 • 11:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas ‘penampakan’ beberapa kenderaan berpelekat samaran yang dipercayai Proton Saga MC3 minggu lalu, satu lagi siri gambar dan video pendek tular di media sosial. Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Johny Tan, yang memberikan pandangan jelas sedan mampu milik yang telah diberikan sentuhan baharu ini.

Perubahan Reka Bentuk Luaran

image is not available

Jika dilihat sekali lalu, Proton Saga MC3 masih mengekalkan bentuk badan yang sama, menyerlahkan ciri ikoniknya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perubahan rekaan yang ketara seperti bampar hadapan, fender, bonet, gril serta lampu depan yang menyerupai Chevrolet Sonic.

Ciri Keselamatan ADAS Lebih Banyak?

image is not available

Apa yang lebih menarik perhatian ialah kehadiran kamera pada cermin depan, memberi petunjuk kehadiran teknologi bantuan pemandu canggih (ADAS). Kamera ini berkemungkinan menyokong fungsi seperti amaran pelanggaran hadapan (FCW) dan brek kecemasan autonomi (AEB). Jika benar, ini merupakan satu penambahbaikan besar dari segi keselamatan Saga.

Enjin Kekal Sama?

Dari segi trenkuasa, model ini mungkin masih menggunakan enjin 1.3 liter VVT 4 silinder dengan transmisi automatik 4 kelajuan seperti model semasa. Perubahan besar dijangka hanya akan diperkenalkan pada model generasi baharu yang akan datang.