Proton Saga Mula Dipasang Secara Tempatan Di Mesir Pada Disember Ini

LocalCars
13 Nov 2024 • 9:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengeluar kereta nasional, Proton mengorak setapak ke hadapan memandangakan ia bakal memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model Proton Saga di Mesir pada Disember ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini sebahagian daripada usaha Malaysia untuk membawa cara pemikiran baharu dalam kerjasama antara negara.

“Proton bukan hanya setakat syarikat automotif.

“Ia adalah kebanggaan dan sebahagian daripada identiti Malaysia,” katanya ketika Majlis Pelancaran Kilang Pemasangan Proton CKD di Mesir.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Difahamkan, pengeluaran bagi kilang pemasangan itu adalah sebanyak 16,000 unit antara tahun ini hingga 2026, dengan anggaran nilai sebanyak RM570 juta.

Sementara itu, Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar, berkata pusat pemasangan serantau di Giza, Mesir itu akan menjadi yang pertama untuk model pandu kiri syarikat itu di luar negara.

“Kami berharap platform ini memberikan potensi untuk Proton berkembang lebih jauh ke negara jiran dengan menjadikan Mesir sebagai hab utama,” katanya.