Proton Sahkan Proton EV Kedua Bakal Muncul, Bateri Dibekal Sekali, Yang Penting Tak Perlu Sewa!

LocalCars
21 Mar 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Proton mengesahkan satu lagi model Proton e.MAS bakal dilancarkan pada tahun ini memandangkan jualan Proton e.MAS 7 berada di tangga teratas dalam segmen kenderaan elektrik di Malaysia.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

Menurutnya, buat masa ini, jualan Proton e.MAS 7 berada di tangga teratas dalam segmen jualan kenderaan elektrik di Malaysia berpandukan sambutan daripada pembeli.

image is not available

“Untuk itu, satu lagi model Proton e.MAS bakal dilancarkan pada tahun ini tetapi bateri dibekalkan sekali, tak perlu sewa,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Ramadan Iftar & Premier Screening Of Proton X Little Joe 2025 Hari Raya Short Film di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran selanjutnya dan tarikh sebenar pelancaran model EV kedua Proton itu.

Namun ini bukan kali pertama pengumuman mengenai ketibaan EV e.MAS 2025 dibuat kerana perkara ini ada dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong ada pada awal tahun ini.

image is not available

Dalam ucapan yang sama, Roslan turut mengumumkan bahawa tempahan untuk Proton e.MAS 7 kini telah melebihi 5,000 unit.

Selain itu, kilang EV baharu Proton di Tanjung Malim, Perak dijangka siap sepenuhnya dan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Berdasarkan khabar angin dalam industri automotif, hanya ada dua kemungkinan dimana Proton mungkin akan melancarkan hatchback kompak yang diberi nama Proton e.MAS 5 manakala satu lagi model e.MAS 7 yang mungkin dilancarkan adalah versi PHEV.

Apapun, kita tunggu pengumuman Proton dalam tempoh terdekat ini.