
Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
Ia hadir dalam tiga varian iaitu: 1.5TD Executive - RM, 1.5TD Premium - RM dan 1.5TD Flagship - RM
Dari segi dimensi, Proton X50 Facelift 2025 ini berukuran 4,330 mm (P), 1,800 mm (L)), 1,609 mm (t) manakala jarak roda pula 2,600 mm .
Menjengah bahagian luarannya, Proton X50 Facelift 2025 model Proton X50 Facelift 2025 kali ini kelihatan tampak berbeza kerana bagi pandangan penulis, rekaannya lebih berkotak.


Jika melihat bahagian hadapannya, ia menerima perubahan yang agak ketara kerana gril di atas yang agak nipis hadir dengan jalur merah manakala bampar bawah pula agak besar serta hadir dengan kemasan bucu berbentuk L.
Selain itu, ia kini hadir denga lampu depan jenis LED reflektor jenis nipis dimana tiada lagi jenis projector manakala spoiler belakang juga dilihat lebih sporty, empat saluran ekzos, skema warna dwi-tona, dan set rim aloi bersaiz 18 inci (manakala varian Executive 18 inci).

Kabin kini tampil lebih ringkas dan moden, dengan papan pemuka minimalis serta penukaran tuil gear ke posisi tiang stereng, sekaligus memberi lebih ruang di konsol tengah. Turut diperkenalkan buat pertama kali dalam model Proton ialah sistem infotainmen bersaiz 14.6 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, serta kluster instrumen digital sepenuhnya bersaiz 8,88 inci.
Antara kelengkapan lain julung kalinya, ia hadir dengan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu, ada lampu ambien 72 warna, hadir dengan aplikasi Proton Link 2.0, bumbung panaromik dan pengecas wayarles.
Proton X50 Facelift 2025 kini menerima enjin baharu iaitu enjin petrol turbo i-GT 1.5 TD 4-silinder baharu yang canggih dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang responsif.
Untuk itu, model terbaharu ini mampu menjana kuasa (178 hp) 133 kW dan tork 290 Nm. Ini membolehkan ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 7.6 saat sekali gus mengatasi PROTON X50 2025 sebanyak 0.3 saat.

Sementara itu, kelajuan maksimumnya pula ialah 195 km/j.
Bagi yang berminat, Proton X50 Facelift 2025 hadir dalam lima warna: Teal Bayou Green, Jet Grey, Snow White, Armour Silver dan Passion Red.
Sehubungan, bagi pakej pelancara Pakej Pelancaran: Waranti Tanpa Had Jarak Perjalanan Selama 5 Tahun, Pakej Data 5 Tahun (1GB/Bulan), 6X Servis Buruh Percuma, Kadar Pembiayaan 2.4%, Program Insurans Proton.
