Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

LocalCars
8 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

All-New-X50-SE_KV.jpg

PROTON telah rasmi membuka tempahan untuk Proton X50 Sport Edition (SE) serba baharu di Malaysia, pada hari ini.

Model edisi khas berasaskan varian Flagship ini diperkenalkan bagi meraikan ulang tahun keenam SUV terlaris negara itu dengan membawakan 15 penambahbaikan eksklusif luaran dan dalaman berimej lebih sporty.

Sempena Ulang Tahun Ke-6, Proton X50 SE Tampil Lebih Berani

Sejak diperkenalkan pada Oktober 2020, Proton X50 telah mencatatkan jualan melebihi 177,000 unit. Kejayaan ini mengekalkannya sebagai SUV segmen-B paling laris di Malaysia selama lima tahun berturut-turut.

Kini, menerusi model Sport Edition, Proton membawakan nafas baharu buat peminat setianya. Model ini dirangka khusus untuk memenuhi citarasa pengguna yang memburu gaya pemanduan lebih dinamik dan ekspresif.

15 Penambahbaikan Eksklusif Luaran dan DalamanAll-New-X50-SE_Black-Interior-with-Red-Stitching-Trims.jpgProton X50 Sport Edition menampilkan kemasan luaran serba hitam yang mendominasi sudut badan. Ia turut diserikan dengan aksen merah kontras serta rim aloi 18-inci berwarna hitam yang menyerlahkan lagi imej agresif.All-New-X50-SE_Black-Seats-with-Red-Stitching.jpg

Bahagian kabin pula diteruskan dengan tema gelap bersama jahitan merah pada stereng serta tempat duduk. Sulaman khas Sport Edition dan penggunaan tikar lantai TPE yang tahan lasak melengkapkan lagi ciri praktikal untuk cuaca tropika negara.

All-New-X50-SE_Front-Skirting.jpg

PROTON X50 SE Serba Baharu turut dilengkapi dengan skirting hadapan, sisi dan belakang khusus, yang memberikan profil lebih dinamik, manakala lencana eksklusif Sport Edition melengkapkan identiti baharu pada bahagian luarannya.

All-New-X50-SE_Rear-Skirting.jpgAll-New-X50-SE_Black-18”-Alloy-Rims.jpg

Di bahagian dalaman, tema sporty diteruskan menerusi kemasan dalaman berwarna hitam dengan jahitan merah pada stereng dan tempat duduk. 

Prestasi Berkuasa Tinggi dan Ciri Keselamatan Termaju

Di bawah hood, model edisi khas ini mengekalkan enjin 1.5-litre Turbo empat silinder yang digandingkan dengan transmisi DCT 7-kelajuan. Ia mampu menghamburkan kuasa 181 PS dan tork 290 Nm dengan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.6 saat sahaja.

Aspek keselamatan kekal menjadi keutamaan menerusi 15 ciri Bantuan Pemandu Termaju (ADAS). Ini termasuklah Sistem Auto Park Assist (APA) dan Kamera HD 360 darjah bagi menjamin keselesaan pemanduan harian.

Tempahan Rasmi Kini Dibuka di Seluruh Negara

Bagi memastikan ketahanan optimum, komponen SE telah diuji selama lebih 13,700 jam merangkumi aspek iklim serta sinaran UV di Malaysia. Tempahan untuk model ini kini sudah dibuka di semua pengedar sah seluruh negara.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved