Proton X70 (2025): Tempahan dibuka dan ini perbezaan dengan model lama

Cars
1 Aug 2024 • 9:10 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Proton mengumumkan pembukaan tempahan model Proton X70 (2025) mereka pada 1 Ogos 2024. Deposit RM500 boleh dilakukan di mana-mana Proton 3S ataupun 4S. Berdasarkan maklumat yang dikongsi Proton, X70 (2025) membawakan beberapa perubahan berbanding model yang dilancarkan 6 tahun lalu.

image is not available

2025 Proton X70 telah dinaik taraf Advanced Driver Assistance System (ADAS) kepada Level 2 untuk menambah baik keselamatan dan keselesaan. sistem inforia juga telah diperbaharukan dengan sistem berpaparan 12.3" dan ada ketersambungan Android Auto serta Apple Carplay. Aplikasi Proton Link juga akan boleh menghidupkan kereta daripada jauh.

image is not available

Di bahagian dalam kabin juga, Proton mengatakan mereka telah memperlengkap kerusi dengan kulit Nappa serta ada lampu kabin RGB.

image is not available

Berapa harga Proton X70 (2025)?

Maklumat harga Proton X70 (2025) masih belum dikongsikan oleh pengeluarnya. Model sedia ada ditawarkan pada harga seperti berikut (harga Semenanjung Malaysia):

  • 1.5 TGDI Standard 2WD – RM98,800
  • 1.5 TGDI Executive 2WD – RM110,800
  • 1.5 TGDI Executive AWD – RM116,800
  • 1.5 TGDI Premium 2WD – RM123,800
  • 1.5 TGDI Premium X 2WD – RM126,800
  • 1.5 TGDI Premium 2WD – RM128,800